WALA' DAN BARA' MENURUT
ISLAM
Abu Omar, Idris bin Sulaiman
Atas dasar beriman
kepada Allah sepertimana yang terkandung dalam ucapan Tauhid La'ilaha Illa
Allah lahirlah prinsip Wala' yang menjurus kepada sikap menyintai
Golongan yang Beriman serta menyokong mereka di samping prinsip Bara' yang
menjurus kepada sikap membenci Golongan Kuffar serta memusuhi mereka.
Inilah sikap Nabi
Ibrahim u terhadap kaumnya yang menjadi teladan buat Umat Islam.
Firman Allah:
قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِي
إِبْرَاهِيمَ وَالَّذِينَ مَعَهُ إِذْ قَالُوا لِقَوْمِهِمْ إِنَّا بُرَآءُ مِنكُمْ
وَمِمَّا تَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ كَفَرْنَا بِكُمْ وَبَدَا بَيْنَنَا
وَبَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةُ وَالْبَغْضَاءُ أَبَدًا حَتَّىٰ تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ
وَحْدَهُ إِلَّا قَوْلَ ۖ
"Sesungguhnya
terdapat contoh teladan yang baik bagi kamu pada Nabi Ibrahim dan
pengikut-pengikutnya tatkala mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur):
Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan segala apa yang kamu sembah
daripada selain Allah; kami mengingkarinya dan (dengan ini) nyatalah permusuhan
dan kebencian di antara kami dan kamu selama-lamanya; sehingga kamu menyembah
Allah semata-mata" (Al-Mumtahinah,4).
Prinsip ini menjadi
tunjang kepada Akidah setiap seorang Muslim sebagaimana yang diperintahkan oleh
Allah dalam firmanNya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىٰ
أَوْلِيَاءَ ۘ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ
"Wahai orang-orang
yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai
teman rapatmu, kerana sesetengah mereka menjadi teman rapat kepada sesetengah
yang lain; dan barangsiapa di antara kamu yang menjadikan mereka sebagai teman
rapatnya, maka sesungguhnya dia terdiri daripada mereka" (Al-Ma'idah, 51).
Ayat di atas menjadi
larangan buat orang Islam untuk menyintai dan menolong (Wala') golongan
Ahli Kitab secara khasnya. Adapun larangan Wala' terhadap orang kafir
secara umumnya, ia terkandung dalam firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا
عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمْ
"Wahai orang-orang
yang beriman! Jangan kamu jadikan musuhKu dan musuhmu sebagai teman rapat
kamu" (Al-Mumtahinah, 1).
Disamping cinta dan
menyokong, menjadikan seseorang itu sebagai teman rapat juga termasuk dalam
pengertian Wala'. Begitu juga dengan kasih, sayang, membantu,
menjadikannya sebagai ketua dan rakan sekutu. Kesemua ini termasuk dalam
pengertian Wala' yang hanya boleh ditujukan buat Allah, Rasulullah r, Agama Islam dan Orang Islam. Selain itu dilarang.
Untuk itu, orang Islam
dilarang daripada menyintai dan menyokong orang kafir walaupun mereka terdiri
daripada kaum keluarga sendiri sebagaimana firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا
آبَاءَكُمْ وَإِخْوَانَكُمْ أَوْلِيَاءَ إِنِ اسْتَحَبُّوا الْكُفْرَ عَلَى
الْإِيمَانِ ۚ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَأُولَـٰئِكَ
هُمُ الظَّالِمُونَ
"Wahai orang-orang
yang beriman! Jangan kamu jadikan bapa-bapa dan adik-beradik kamu sebagai teman
rapat kamu jika sekiranya mereka memilih untuk kufur dan tidak mahu beriman;
dan barangsiapa yang menjadikan mereka sebagai teman rapatnya, maka merekalah
orang-orang yang zalim" (Al-Taubah, 23).
Oleh itu, Umat Islam
dilarang daripada menyayangi orang kafir serta menyokong mereka. Sebaliknya,
Umat Islam diwajibkan untuk menyayangi Orang Islam serta menyokong mereka
sebagaimana dalam firman Alllah:
إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ
وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ
وَهُمْ رَاكِعُونَ
وَمَن يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ
وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ
“Sesungguhnya penolong
kamu hanyalah Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman yang mendirikan
solat dan menunaikan zakat sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah
Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang yang
beriman itu sebagai penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya
golongan (yang berpegang kepada Agama) Allah itulah yang akan tetap
menang” (Al-Ma’idah, 55-56).
مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ
بَيْنَهُمْ
“Muhammad Rasulullah dan
orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras terhadap orang-orang kafir dan bersikap kasih
sayang sesama mereka (Umat Islam).” (Al-Fath, 29).
Bertepatan dengan firman
Allah:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ
“Sesungguhnya
orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara” (Al-Hujuraat, 10).
Inilah sikap orang-orang
Islam sesama saudara seIslam yang lain. Walaupun tiada pertalian darah di
antara mereka, berlainan tempat tinggal dan barangkali tidak pernah pun bersua,
malah hidup pun mungkin pada zaman yang
berlainan; mereka tetap mengasihi sesama saudara seAgama, mendoakan kebaikan
serta meminta keampunan Allah buat mereka.
وَالَّذِينَ جَاءُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا
تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ
رَّحِيمٌ
“Dan
orang-orang (Islam) yang datang sesudah mereka, mereka berkata: "Wahai
Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului
kami dalam Iman; dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad
dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman” (Al-Hasyr, 10).
ANTARA CONTOH WALA’
(MENYOKONG) ORANG KAFIR YANG DILARANG SYARAK:
Menyerupai orang kafir dalam berpakaian, percakapan dan sumpamanya yang menjadi identiti buat mereka sama ada dalam urusan dunia mahupun ibadah.
Ini kerana perbuatan
yang sedemikian akan menimbulkan kasih-sayang terhadap mereka. Untuk itu
Rasulullah r bersabda:
﴿ مَنْ
تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ ﴾
“Barangsiapa
menyerupai sesebuah kaum, maka dia tergolong dalam kaum itu” (Hadis Hasan.
Riwayat Abu Daud).
Tinggal di negara orang kafir dan tidak berhijrah ke Negara Islam.
Ini kerana Umat Islam
diwajibkan untuk berhijrah ke Negara Islam. Adapun perbuatan sebahagian Umat
Islam yang tinggal di negara kafir, itu menunjukkan bahawa mereka bersikap wala’
terhadap orang kafir sedangkan ia dilarang. Firman Allah:
إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ
ظَالِمِي أَنفُسِهِمْ قَالُوا فِيمَ كُنتُمْ ۖ قَالُوا
كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الْأَرْضِ ۚ قَالُوا أَلَمْ
تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُوا فِيهَا ۚ
فَأُولَـٰئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۖ وَسَاءَتْ
مَصِيرًا
إِلَّا الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ
وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ لَا يَسْتَطِيعُونَ حِيلَةً وَلَا يَهْتَدُونَ
سَبِيلًا
“Sesungguhnya
orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat sedangkan mereka menganiaya
diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas
oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat: "Apakah yang kamu
telah lakukan buat Agama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu
ditindas di bumi". Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu
luas, untuk kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang-orang yang
sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka adalah Neraka Jahanam, dan itu
adalah seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali orang-orang yang lemah (yang uzur)
daripada kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berupaya
mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mempunyai jalan (untuk
berhijrah)” (Al-Nisaa’, 97-98).
Bersiar-siar ke negara orang kafir.
Ini kerana Umat Islam
ditegah daripada pergi ke negara kafir. Kecuali dalam keadaan terdesak apabila
ada keperluan seperti untuk berdakwah, menjalani rawatan, berniaga atau belajar
dalam jurusan yang bermanfaat yang hanya terdapat di negara orang kafir. Dalam
keadaan ini ia dibolehkan tetapi untuk setakat mana yang perlu sahaja dan
apabila telah selesai urusan tersebut wajib ke atas individu muslim terbabit
untuk bergegas pulang ke Negara Islam.
Disamping itu, orang
Islam yang mempunyai urusan yang mendesak untuk pergi ke negara kafir
disyaratkan memiliki benteng ketahanan Ilmu Agama dan takwa yang mampu
memeliharanya daripada terpengaruh dengan orang kafir. Barangkali tujuannya
untuk berdakwah, tetapi seorang muslim itu perlu memberi keutamaan kepada
maslahat Agamanya sebelum orang lain. Amat malang sekali sekiranya usaha
menyampaikan Agama kepada orang lain menyebabkan Agama sendiri sampai tergadai.
Memuji, membantu, menyokong serta memberi perlindungan terhadap orang kafir daripada orang Islam.
Ia menjadi antara
pembatal Iman seseorang yang akan menyebabkannya terkeluar daripada Islam.
Memberi kepercayaan kepada orang kafir, melantik mereka dalam jawatan-jawatan yang membabitkan rahsia orang Islam serta menjadikan mereka sebagai sekutu dan penasihat.
Sebagaimana disebut
dalam Surah Aali Imran, ayat 118-120.
Menggunakan kalendar mereka khususnya yang berkaitan tentang keagamaan mereka sebagaimana tahun Masihi yang disandarkan kepada kelahiran Nabi Isa u.
Menyertai acara-acara keagamaan orang kafir, membantu dalam menguruskannya, meraikannya dengan mengucapkan kata-kata selamat ataupun menghadirinya.
Sebagaimana tafsiran
sebahagian Ulama Tafsir buat ayat:
وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا
مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا
"Dan mereka (yang diredhai Allah itu adalah orang-orang) yang tidak
menghadiri tempat-tempat yang dilakukan perkara-perkara yang dilarang" (Al-Furqaan,
72).
Memuji orang kafir, menyanjung tinggi kemajuan
mereka, berbangga dengan akhlak serta sikap mereka dalam bermu'amalah tanpa
melihat akidah serta akhlak mereka yang rosak dan terpesong.
وَلَا تَمُدَّنَّ عَيْنَيْكَ إِلَىٰ مَا
مَتَّعْنَا بِهِ أَزْوَاجًا مِّنْهُمْ زَهْرَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
لِنَفْتِنَهُمْ فِيهِ ۚ وَرِزْقُ رَبِّكَ خَيْرٌ
وَأَبْقَىٰ
"Dan jangan
engkau tujukan pandangan kedua matamu dengan menginginkan kenikmatan yang telah
Kami berikan kepada golongan yang kafir yang berupakan keindahan dunia; ini
kerana Kami menguji mereka dengannya; sedangkan limpah kurnia Tuhanmu di
Akhirat kelak lebih baik dan lebih kekal" (Taha, 131).
Menggunakan nama-nama yang khas buat orang kafir.
Ketika memberi
nama kepada bayi yang baru lahir, menamakan sesebuah tempat dan seumpamanya.
Meminta keampunan serta mendoakan kerahmatan Allah buat mereka.
Meminta keampunan serta mendoakan kerahmatan Allah buat mereka.
مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَن
يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَىٰ مِن بَعْدِ مَا
تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ
"Tidak patut bagi Nabi dan orang-orang yang
beriman, meminta keampunan untuk orang-orang musyrikin, sekalipun orang itu
terdiri daripada kaum kerabat sendiri; sesudah nyata bagi mereka bahawa
orang-orang musyrikin itu menjadi penghuni neraka." (Al-Taubah, 113)
وَصلَّى الله عَلى
نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم
Kajang,
18 Jumadil Akhir 1433H
idrissulaiman@yahoo.com