HUBUNGAN RAKYAT
DENGAN PEMERINTAH
Abu Omar, Idris bin Sulaiman
TUNTUTAN SUPAYA UMAT ISLAM BERSATU &
LARANGAN BERPECAH-BELAH
Firman Allah I:
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا
تَفَرَّقُوا
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Agama
Islam), dan jangan kamu bercerai-berai”
(Surah: Al-Imraan, 103)
Firman Allah I:
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا
تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ
وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
“Dan taatlah kamu kepada
Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbalah; kalau tidak nescaya kamu akan
menjadi lemah dan kekuatan kamu akan hilang; dan bersabarlah; sesungguhnya
Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.”
(Surah: Al-Anfaal,
46)
“Dan
janganlah kamu tergolong dalam golongan orang-orang musyrikin. (Iaitu) mereka yang telah memecah-belahkan agama
mereka dan menjadi berpuak-puak; setiap puak berbangga dengan apa yang ada
padanya.”
(Surah: Al-Rum,
31-32)
Firman Allah I:
وَأَنَّ هَـٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا
فَاتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ
بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ
“Dan sesungguhnya inilah
jalanKu yang lurus, maka turutilah ia; dan jangan kamu turuti jalan-jalan (yang selainnya), kerana ia
(jalan-jalan itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah.”
(Surah: Al-An’am,
153)
KEWAJIPAN BERSATU DI BAWAH SEORANG PEMERINTAH NEGARA
Firman Allah I:
﴿ أَطِيعُوا اللهَ
وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأَمْرِ مِنْكُمْ ﴾
“Taatilah
Allah dan taatilah Rasul serta ulil amri (pemerintah) daripada kalangan
kamu.”
(Surah: Al-Nisaa’, 59)
Sabda Nabi r:
﴿ مَنْ أطَاعَنِي فَقَدْ أطَاعَ اللهَ، وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ عَصَى
اللهَ، وَمَنْ يُطِعِ الأَمِيرَ فَقَدْ أطَاعَنِي، وَمَنْ يَعصِ الأميرَ فَقَدْ
عَصَانِي﴾
“Barangsiapa
mentaatiku dia telah mentaati Allah, dan barangsiapa derhaka terhadapku dia
telah derhaka terhadap Allah; dan barangsiapa yang mentaati pemerintahnya dia
telah mentaatiku, dan barangsiapa yang derhaka terhadap pemerintahnya dia telah
derhaka terhadapku.”
(Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Sabda Nabi r:
﴿ مَنْ رَأى مِنْ أمِيرِهِ شَيْئًا يَكْرَهُهُ فَلْيَصْبِرُ عَلَيْهِ فَإنَّهُ
مَنْ فَارَقَ الجَمَاعَةَ شِبْرًا فَمَاتَ، إلا مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً ﴾
“Barangsiapa melihat sesuatu yang dibencinya pada
pemerintahnya hendaklah dia bersabar terhadapnya; sesungguhnya barangsiapa yang
keluar daripada jemaah (orang Islam) sebanyak sejengkal, lalu dia mati, dia telah mati dalam keadaan jahiliah.”
(Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Mati dalam keadaan jahiliah bererti mati dalam
kesesatan dan bukan jatuh kafir.
(Ibnu Hajar, Fathulbari).
TAAT KEPADA
PEMERINTAH WALAUPUN MEREKA TIDAK LAYAK
Sabda Nabi r:
﴿اسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَإِنِ اسْتُعْمِلَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ حَبَشِيٌّ كَأَنَّ
رَأْسَهُ زَبِيبَةٌ﴾
“Hendaklah kamu dengar dan taat walaupun kamu diperintah oleh seorang
hamba Habsyi yang (rambut) kepalanya umpama (buah) kismis.”
(Riwayat
Bukhari)
TAAT KEPADA PEMERINTAH WALAUPUN MEREKA ZALIM
Seperti tidak berhukum dengan hukum Allah,
menyeleweng, rasuah, mengaut harta kekayaan negara, sekular ataupun membunuh
rakyat (sebagaimana yang dilakukan oleh Al-Hajjaj bin Yusof pada zaman Ibnu
Omar t & Al-Makmun, Al-Muktasim dan Al-Wathiq pada zaman Imam
Ahmad bin Hanbal.
Sabda Nabi r:
سَألَ سَلَمَةُ
بن يَزيدَ الجُعفِيُّ رسولَ الله r
فَقَالَ : يَا نَبِيَّ الله ، أرأيتَ إنْ قامَت عَلَيْنَا أُمَرَاءٌ يَسألُونَا حَقَّهُم
، وَيمْنَعُونَا حَقَّنَا، فَمَا تَأْمُرُنَا ؟ فَأعْرَضَ عنه ، ثُمَّ سَألَهُ ،
فَقَالَ رسولُ الله r
﴿اسْمَعْوا وَأَطِيعُوا ، فإنَّمَا عَلَيْهِمْ مَا حُمِّلُوا ، وَعَلَيْكُمْ مَا
حملْتُمْ ﴾
Salamah bin Yazid Al-Ju’fi t bertanya kepada Rasulullah
r dan berkata: Wahai Nabi
Allah, bagaimana sekiranya kami diperintah oleh pemerintah yang meminta hak
mereka tetapi tidak memberi hak kami. Apa yang patut kami lakukan? Baginda
berpaling daripadanya. Dia bertanya lagi, lalu Rasulullah r bersabda, “Hendaklah
kamu dengar dan patuh, mereka akan memikul tanggungjawab mereka dan kamu akan
memikul tanggungjawab kamu.”
(Riwayat Muslim)
Sabda Nabi r:
﴿ يَكُونُ بَعْدِي أَئِمَّةٌ لا
يَهْتَدُونَ بِهُدَايَ وَلا يَسْتَنُّونَ بِسُنَّتِي وَسَيَقُومُ فِيهِمْ رِجَالٌ قُلُوبُهُمْ
قُلُوبُ الشَّيَاطِينِ فِي جِثْمَانِ إِنْسٍ ﴾ قَالَ حُذَيْفَةَ : قُلْتُ : كَيْفَ أصْنَعُ
يَا رَسُولُ اللهِ إِنْ أَدْرَكْتُ ذَلِكَ ؟ قَالَ ﴿ تَسْمَعْ وَتُطِيعَ
الأمِيرِ وَإِنْ ضَرَبَ ظَهْرَكَ وَأَخَذَ مَالَكَ فَاسْمَعْ وَأَطِعْ﴾
“Setelah pemergianku akan ada pemerintah yang tidak beramal
dengan petunjukku mahupun dengan Sunnahku, dan akan ada di kalangan mereka
lelaki yang hati mereka (seperti) hati syaitan dalam badan manusia.”
Berkata Huzaifah (perawi hadis): Saya bertanya: Apa yang perlu aku lakukan
sekiranya aku berdepan dengannya? Sabda Baginda: “Engkau dengar dan patuh terhadap
pemerintah walaupun dia memukul belakangmu dan mengambil hartamu. Kamu
dengar dan patuh.”
(Riwayat Muslim)
Sabda Nabi r:
﴿
ألا مَنْ وُلِيَ عَلَيْهِ وَالٍ، فَرَآهُ يَأتِي شَيْئاً
مِنْ مَعْصِيَةِ اللهِ، فَلْيَكْرَه مَا يَأتِي مِنْ مَعْصِيَةِ اللهِ، وَلا يَنْزَعَنَّ
يَداً مِنْ طَاعَة ﴾
“Barangsiapa daripada kalangan kamu yang diperintah oleh
pemerintah yang dilihat melakukan hal-hal kemaksiatan, maka hendaklah dia
membenci kemaksiatan itu dan jangan (pula) dia menarik tangan ketaatannya.”
(Riwayat Muslim)
TIDAK ADA APA JUA ALASAN
MEMBOLEHKAN MENENTANG KERAJAAN
Walaupun undang-undang manusia (taghut) membenarkan; atas alasan amar makruf nahi mungkar, menghalang/menentang
kezaliman, ingin islah (melakukan pembaikan) dan seumpamanya.
Sabda Nabi r:
﴿مَنْ خَلَعَ يَداً مِنْ
طَاعَةٍ لَقِيَ اللهَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلا حُجَّةَ لَهُ ، وَمَنْ مَاتَ
وَلَيْسَ في عُنُقِهِ بَيْعَةٌ ، مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً﴾
“Barangsiapa
yang menarik tangan ketaatannya, dia akan bertemu Allah tanpa alasan,
dan barangsiapa yang mati tanpa bai’ah (sumpah taat setia kepada pemerintah) di lehernya, dia telah
mati dalam keadaan jahiliah.”
( Riwayat Muslim)
KETAATAN
HANYA DALAM PERKARA MAKRUF
Sabda Nabi r:
﴿عَلَى المَرْءِ
الْمُسْلِمِ السَّمْعُ والطَّاعَةُ فِيمَا أحَبَّ وكَرِهَ ، إلا أنْ يُؤْمَرَ
بِمَعْصِيةٍ ، فَإنْ أُمِرَ بِمَعْصِيةٍ فَلا سَمْعَ وَلا طَاعَةَ ﴾
“Wajib
atas seorang Muslim untuk mendengar dan patuh dalam perkara yang disukai dan
yang dibenci, kecuali jika disuruh melakukan maksiat; sekiranya disuruh
melakukan maksiat maka tidak ada ketaataan (dalam hal kemaksiatan itu).”
(Riwayat Muslim)
LARANGAN
MENGEJI PEMERINTAH
Sabda Nabi r:
﴿ مَنْ أهَانَ سُلطَانَ
اللهِ في الأرْضِ أَهَانَهُ الله ﴾
“Barangsiapa
yang menghina pemerintah (yang dilantik) Allah di atas muka bumi, Allah akan
menghina dia.”
(Hadis Hasan, Riwayat Al-Tirmizi)
Berkata Abu Al-Dardaa’t:
“Sesungguhnya tanda awal kemunafikan
seseorang itu adalah dengan dia mengeji pemerintahnya.”
(Riwayat Al-Baihaqi dalam kitabnya Syua’ab Al-Iman)
TIDAK MEMBUKA
AIB MEREKA DI KHALAYAK RAMAI
Sabda Nabi r:
﴿ مَنْ أَرَادَ
أَنْ يَنْصَحَ لِذِي سُلْطَانٍ فَلَا يُبْدِهِ عَلَانِيَةً، وَلَكِنْ يَأْخُذُ بِيَدِهِ
فَيَخْلُوا بِهِ، فَإِنْ قَبِلَ مِنْهُ فَذَاكَ، وَإِلَّا كَانَ قَدْ أَدَّى الَّذِي
عَلَيْهِ ﴾
“Barangsiapa
ingin menasihati pemerintah maka janganlah dia melakukannya secara terbuka, sebaliknya
hendaklah dia mengambil tangannya (pemerintah itu) dan (menasihatnya secara)
tertutup; sekiranya dia menerimanya maka itu yang diinginkan dan jika tidak,
maka dia telah menunaikan tanggungjawabnya.”
(Riwayat Ibnu Abi Al-Asim dalam Kitab Al-Sunnahnya. Disahihkan oleh Sy.
Albani)
WAJIP
MEMPERTAHANKAN PEMERINTAH
Sabda Nabi r:
﴿إِنَّهُ
سَيَكُونُ هَنَاتٌ وَهَنَاتٌ فَمَنْ أَرَادَ أَنْ يُفَرِّقَ أَمْرَ هَذِهِ
الْأُمَّةِ وَهِيَ جَمِيعٌ فَاضْرِبُوهُ بِالسَّيْفِ كَائِنًا مَنْ كانَ﴾
“Akan timbul kerosakan dan
kejahatan, maka barangsiapa yang ingin memecah-belahkan perpaduan Umat ini,
hendaklah kamu memenggalnya dengan pedang walau sesiapapun dia.”
(Riwayat Muslim)
KENYATAAN PARA ULAMA
Berkata Imam
Ahmad r.h:
﴿ وَمَنْ خَرَجَ عَلى إِمَامٍ مِنْ
أَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَقَدْ كَانُوا اجْتَمعُوا عَلَيْهِ
وَأقَرُّوا بِالخِلافَةِ بِأَيّ وَجْهٍ كَانَ بِالرِّضَا أَو الْغَلَبَة فَقَدْ
شَقَّ هَذَا الْخَارِجُ عَصَا الْمُسْلِمِينَ وَخَالَفَ الْآثَارُ عَنْ رَسُولِ
اللهِ r فَإِنْ مَاتَ الْخَارِجُ عَلَيْهِ
مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً ﴾
“Barangsiapa
keluar menentang pemerintah orang Islam yang telah dipersetujui dan yang telah
dilantik menjadi khalifah tidak kira dengan apa jua cara sama ada dengan reda
atau terpaksa; sesungguhnya orang yang menentang itu telah keluar dari jemaah
orang Islam serta menyelisihi Sunnah Rasulullah r: dan sekiranya dia mati, dia mati
dalam keadaan jahiliah.”
(Usul Al-Sunnah oleh Imam
Ahmad)
Berkata Imam
Al-Nawawi r.h:
﴿ لَا
تُنَازِعُوا وُلَاةَ الْأُمُورَ فِي وِلَايَتِهِمْ وَلَا تَعْتَرِضُوا عَلَيْهِمْ
إِلَّا أَنْ تَرَوْا مِنْهُمْ مُنْكَرًا مُحَقَّقًا تَعْلَمُونَهُ مِنْ قَوَاعِدِ
الْإِسْلَامِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَأَنْكِرُوهُ عَلَيْهِمْ وَقُولُوا
بِالْحَقِّ حَيْثُ مَا كُنْتُمْ ، وَأَمَّا الْخُرُوجُ عَلَيْهِمْ وَقِتَالُهُمْ
فَحَرَامٌ بِإِجْمَاعِ الْمُسْلِمِينَ وَإِنْ كَانُوا فَسَقَةً ظَالِمِينَ وَقَدْ تَظَاهَرَتِ
الْأَحَادِيثُ بِمَعْنَى مَا ذَكَرْتُهُ وَأَجْمَعَ أَهْلُ السُّنَّةِ أَنَّهُ لَا
يَنْعَزِلُ السُّلْطَانُ بِالْفِسْقِ ﴾
“Jangan kamu menyelisihi pemerintah dalam urusan pemerintahan
mereka dan jangan kamu membangkang mereka, kecuali jika kamu melihat suatu
kemungkaran yang pasti berdasarkan kaedah-kaedah Islam. Jika kamu melihat
begitu, hendaklah kamu mengingkarinya serta berkata yang hak di mana jua kamu
berada. Adapun menentang mereka serta memerangi mereka, ia adalah haram
menurut ijmak (persepakatan) Umat Islam walaupun mereka (pemerintah) fasik dan
zalim. Hadis-Hadis cukup jelas dalam hal ini dan Ulama Ahli Sunnah
telah ijmak (sepakat) bahawa pemerintah tidak boleh diturunkan dengan hanya
kerana kefasikan mereka.” (Syarah Sahih Muslim oleh Imam Al-Nawawi)
وَصلَّى الله عَلى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّم
Kajang, 24 Mac
2012
Idrissulaiman@yahoo.com