DR. YOUSUF AL-QARADAWI
Abu Omar, Idris bin Sulaiman
PERTAMA: KEDUDUKANNYA TERHADAP ORANG-ORANG KAFIR
Beliau sangat bersikap toleransi (مُمَيِّع)
serta menafikan akidah al-walaa’ dan al-baraa’ di dalam hubungan
dengan orang-orang kafir. Di antara kata-kata beliau:
Tentang golongan Kristian; “Semua permasalahan antara kita (Orang Islam dan Kristian) adalah sama. Kita daripada satu warganegara, hala-tuju kita satu dan kita adalah umat yang satu. Saya katakan mereka adalah saudara Kristian kita. Sebahagian tidak bersetuju (dan bertanya) bagaimana saya katakan (mereka adalah) saudara Kristian kita? (Saya katakan) “Sesungguhnya orang-orang beriman adalah bersaudara”(Al-Hujuraat, 10). Benar, kita beriman dan mereka juga beriman daripada sudut yang lain!”
(برنامج الشريعة
والحياة: حلقة بعنوان غير المسلمين في ظل الشريعة الاسلامية.
www.qardawi.net)
Hakikatnya Syarak sama sekali
tidak mengiktiraf agama yang lain selain daripada Islam, sebagaimana firman
Allah, "Barangsiapa mencari agama selain daripada Islam, ia tidak akan
diterima daripadanya dan di Akhirat dia tergolong dalam golongan yang
rugi" (Aal Imran, 85).
‘Kasih seorang Muslim terhadap orang bukan Islam tidak mengapa.’
(غير المسلمين في
المجتمع الإسلامي hlm. 57)
Kenyataan ini bercanggah dengan
firman Allah, "Engkau tidak akan dapati sebuah kaum yang beriman kepada
Allah dan Hari Akhirat, tergamak berkasih-sayang dengan orang-orang yang
menentang Allah dan RasulNya (orang kafir), sekalipun orang-orang yang
menentang itu adalah bapa-bapa, anak-anak, saudara-mara mahupun keluarga mereka
sendiri" (Al-Mujadalah, 22).
Beliau melihat bahawa permusuhan antara orang Islam dan Yahudi adalah kerana berebut tanah sahaja dan bukan kerana Agama (الأمة الإسلامية حقيقة لا وهم hlm.70).
Adapun firman Allah, “Demi
sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang paling keras
permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan
orang-orang musyrikin” (Al-Maa’idah, 82) Beliau beranggapan bahawa ayat
ini adalah khas buat zaman Rasulullah r sahaja.
(برنامج الشرعية
والحياة: حلقة بعنوان الصراع بين المسلمين واليهود
.www.qaradawi.net).
Malah beliau melihat bahawa
lanjutan ayat di atas menunjukkan betapa hampirnya orang-orang Kristian dengan
orang Islam pada zaman sekarang. (الحلال والحرام hlm. 292)
Bagi beliau “Sekiranya
orang-orang Islam menjadi mulia, maka orang-orang Kristian pun akan menjadi
begitu tanpa sebarang keraguan. Dan sekiranya orang-orang Islam menjadi hina,
orang-orang Kristian pun begitu.”
Beliau melihat bahawa Islam menghormati agama Kristian yang sesat. (الإسلام والعلمانية hlm. 101)
Mereka seperti orang Islam juga.
Mereka memperolehi apa yang diperolehi oleh orang Islam serta berkewajipan
seperti orang Islam. Orang Islam dan Kristian berkongsi tanah sesama mereka.
Malah Islam telah menitip-beratkan titik-titik pertemuan dan bukan perselisihan
antara kedua agama ini.
(فتاوى معاصرة 2/271)
Oleh itu, orang Islam dan
Kristian perlu berdiri sebaris di atas tanah yang mereka berkongsi-sama untuk
berdepan dengan segala bentuk kezaliman. Bagi beliau, jihad adalah untuk
mempertahankan semua agama dan bukan Islam sahaja. (برنامج الشريعة
والحياة: حلقة بعنوان الإسلام والغرب .
www.qaradawi.net)
Atas kefahaman ini beliau
membolehkan untuk orang Islam mengucapkan tahniah kepada penganut agama lain
sempena perayaan agama mereka.
(فتاوى معاصرة 2/617)
Kenyataan beliau ini jelas
menyelisihi Syarak di mana sabda Nabi r, "Tidaklah sesiapa daripada
umat ini sama ada Yahudi atau Nasrani yang mendengar seruanku lalu dia mati
tanpa beriman dengan risalah yang aku bawa melainkan dia akan tergolong dalam
ahli neraka" (Muslim).
Adapun kenyataan beliau tentang
jihad, sama sekali ia bukan untuk mempertahankan semua agama kerana Allah
berfirman, "Perangilah mereka yang tidak beriman dengan Allah dan Hari
Akhirat" (Al-Taubah, 29). Maka tujuan jihad adalah sebagaimana
sabda Nabi r "Barangsiapa yang
berjuang untuk menegakkan Kalimah Allah (Islam) maka dia (berjihad) pada Jalan
Allah" (Bukhari dan Muslim). Ia bertujuan untuk menegakkan Agama
Islam di atas muka bumi dan SAMA SEKALI BUKAN AGAMA LAIN.
Tentang mengucap tahniah kepada
orang kafir, Ibnu Al-Qayyim berkata, "Mengucapkan tahniah terhadap
syi'ar-syi'ar kekufuran adalah haram secara sepakat. Seperti mengucapkan
tahniah sempena perayaan dan puasa mereka... Hal ini kalau bukan kufur ia
adalah dosa besar... Sesungguhnya sesiapa yang mengucapkan tahniah sempena
kemaksiatan, bid'ah atau kufur telah mengundangkan kebencian dan kemurkaan
Allah" (أحكام أهل الذمة
1/162).
Al-Qaradawi berpendapat bahawa jizyah (bayaran yang dikenakan ke atas orang kafir yang menetap di negara Islam) yang diambil daripada golongan ‘zimmi’ (orang kafir yang menetap di negara Islam dan mendapat perlindungan daripada kerajaan Islam) adalah kerana mereka tidak mempertahankan negara (bersama orang-orang Islam). Adapun zaman sekarang, ia tidak perlu kerana khidmat negara (ketenteraan) menjadi wajib bagi orang Islam dan kafir.
(برنامج الشرعية
والحياة: حلقة بعنوان غير المسلمين في ظل الشريعة الإسلامية
www.qaradawi.net)
KEDUA: KEDUDUKAN BELIAU TERHADAP ORANG-ORANG BID’AH
Sekiranya beliau
menyanggah golongan bid’ah, beliau
berbicara tentang golongan yang tidak wujud lagi. Beliau menyanggah
golongan Muktazilah dan Khawarij dahulu (المرجعية العليا في الإسلام)
tetapi menyanjung mereka yang hidup pada zaman sekarang seperti Muhammad
Al-Ghazali (guru beliau), Jamaluddin Al-Afghani, Muhammad Iqbal dan Jemaah
Ikhwan Muslimin secara amnya.
(من أجل صحوة راشدة
hlm. 101)
Adapun bagi golongan Rafidah yang mendokong fahaman Muktazilah di samping
penyimpangan-penyimpangan lain yang jauh lebih besar, beliau mempertahankan
mereka.
Malah perbuatan mengungkit perbezaan dengan mereka
dianggap sebagai satu perbuatan yang mengkhianati Umat Islam. Beliau melihat
bahawa perbuatan mereka melaknat Sahabat, menyeleweng Al-Quran, mendakwa bahawa
para imam mereka maksum dan lain-lain adalah permasalahan yang remeh. (الخصائص العامة للإسلام hlm. 209).
Bagi kumpulan Asya’irah dan Maturidiah pula, beliau
menggolongkan mereka dalam Ahli Sunnah dan perkara ini adalah muktamad di sisi
beliau.
(وجود الله
hlm. 7-8 dan القرضاوي في الميزان
oleh Sulaiman Kharasyi hlm. 94)
KETIGA: KEDUDUKAN BELIAU TERHADAP SUNNAH RASULULLAH r
Al-Qaradawi mendokong Metodolgi Ahli Kalam yang
mendahulukan akal di dalam memahami Hadis-Hadis Rasulullah r.
Hasilnya, sebahagian hadis telah ditolak dan sebahagian yang lain ditakwil
kerana tidak menepati fahaman beliau. Sebagai contohnya:
Tentang Hadis:
"إنَّ
أبِي وَأَبَاكَ فِي النَّارِ "
(Sesungguhnya bapaku dan bapamu
dalam Neraka) (Muslim).
Al-Qaradawi berkata, “Apakah dosa Abdullah bin Abdul
Muttalib sehingga dia masuk neraka sedangkan beliau termasuk dalam Golongan ‘Ahli
Fatrah’ (Golongan yang tidak sampai kepada mereka dakwah Islam); walhal pendapat
yang betul adalah mereka akan terselamat (daripada Api Neraka)!!” (كيف نتعامل مع السنة النبوية hlm. 97)
Kenyataan ini jelas menyanggah apa yang telah ditetapkan
oleh Nabi r. Hakikat bahawa Abdullah bin Abdul Muttalib termasuk dalam penghuni neraka
jelas menunjukkan bahawa beliau bukan daripada kalangan Ahli Fatrah. Malah
terdapat bukti-bukti jelas yang menunjukkan bahawa masyarakat Jahiliah bukan
daripada kalangan Ahli Fatrah memanangkan mereka telah mewarisi banyak daripada
ajaran Nabi Ibrahim dan Ismail u seperti Umrah dan Haji. Hadis
Baginda seperti “Sesungguhnya kedua mereka diazab” (Bukhari dan Muslim)
yang merujuk kepada dua penghuni kubur yang mati pada zaman jahiliah jelas
menyokong kenyataan bahawa masyarakat Jahiliah bukan daripada Golongan Ahli
Fatrah.
Rasulullah r bersabda:
"
لَنْ يَفْلَحَ قَوْمٌ وَلَّوْ أمْرَهُمْ امْرَأَةٌ "
(Tidak
akan berjaya kaum yang menjaga hal-ehwal mereka wanita) (Bukhari).
Berkata Al-Qaradawi, “Hal ini khas buat zaman
Rasulullah r di mana kaum lelaki memerintah
secara paksa. Adapun pada zaman sekarang, tidak.”
(Program tv saluran
‘art’ pada tahun 04.07.1418H. Nukilan daripada مخالفات د. يوسف القرضاوي
oleh Abdul Rahman bin Sa’ad Al-Syitri)
Sesungguhnya Rasulullah r adalah teladan kita dan
Baginda tidak pernah melantik wanita untuk memimpin kaum lelaki. Adakah ini
menunjukkan bahawa Baginda r juga termasuk dalam kaum lelaki
yang memerintah secara paksa? Wallahul musta'an.
Sabda Baginda r:
"
ما رَأَيْتُ مِنْ نَاقِصَاتِ عَقْلٍ وَدِينٍ أَسْلَبَ لِلُبِّ الرَّجُلَ الحَازِمُ
مِنْ إحْدَاكُنَّ "
(Aku tidak
pernah melihat wanita yang kurang akal dan agama yang lebih mampu menghilangkan
kewarasan seorang lelaki daripada salah seorang kamu) (Bukhari dan Muslim).
Berkata Al-Qaradawi, “Hal ini dinyatakan oleh Rasulullah
secara berseloroh.”
(Program tv saluran ‘art’ pada tahun 04.07.1418H. Nukilan
daripada مخالفات د. يوسف
القرضاوي oleh Abdul Rahman bin Sa’ad
Al-Syitri)
Kenyataan ini jelas boleh mengundang persepsi yang tidak
baik terhadap Rasulullah r. Seolah-olah kenyataan Baginda
itu tidak dimaksudkan. Dengan erti kata lain, adakalanya Baginda mengatakan
suatu yang tidak benar semata-mata kerana bergurau-senda dengan wanita. Nau'zubillah.
Sabda Rasulullah r:
"لا
يُقْتَلُ مُسْلِمٌ بِكَافِرٍ "
(Seorang
Muslim tidak akan dibunuh kerana seorang kafir) (Bukhari ).
Berkata Dr. Al-Qaradawi setelah menetapkan bahawa seorang
Muslim boleh dibalas bunuh kerana membunuh orang kafir (bercanggah dengan
hadis), “Pendapat inilah yang tidak patut buat zaman kita melainkannya (iaitu
orang Islam akan dibalas bunuh sekiranya membunuh seorang kafir- pen.)… dengan
memilih pendapat ini kita membatalkan segala alasan dan kita mengangkat
sepanduk Syariah kita yang agong.” (الشيخ الغزالي كما
عرفته hlm. 168)
Sungguh mengelirukan. Adakah dengan kita menolak Hadis
yang jelas lagi muhkam (yang tidak dinasakhkan) kita akan mengangkat
kedudukan Syariah Islam?
KEEMPAT: PENDAPAT BELIAU TENTANG WANITA
Beliau sedaya upaya berusaha menghapuskan hijab yang ada antara kaum lelaki dan wanita. Beliau berulang kali menegaskan bahawa pemisahan antara kaum lelaki dan wanita di dalam kuliah adalah bid'ah kerana ia bukan dariapada Budaya Islam. (الإسلام والعلمانية hlm. 39)
Beliau berkata, "Dukacitanya, sejak tahun tujuh puluhan saya ke Amerika untuk menghadiri seminar-seminar Islam tetapi (saya dapati bahawa) dalam seminar-seminar ini diasingkan hadirin wanita di satu sudut dan lelaki di satu sudut. Sikap keras sebegini telah menyelubungi masyarakat (Islam) di sana. Mereka memaksa budaya-budaya ini ke atas masyarakat Barat di sana di mana mereka mengambil pendapat yang keras dan meninggalkan pendapat yang lebih kuat. Hasilnya, lelaki ditempatkan di suatu tempat yang khas buat mereka yang terpisah dari wanita." (أولويات الحركة الإسلامية hlm. 65)
Sedangkan inilah tuntutan Syarak
supaya tidak berlaku percampuran bebas antara lelaki dan wanita bagi mencegah
segala unsur-unsur yang boleh membawa kepada zina. Oleh itu, Al-Quran
menyarankan supaya wanita tetap di rumah mereka dan tidak keluar secara tabarruj (Al-Ahzab, 33). Bahkan
dalam solat pun sekiranya mereka (wanita) hadir ke masjid, mereka dituntut
supaya mendapatkan saf yang terakhir berbanding lelaki yang dituntut supaya
berlumba-lumba mendapatkan saf yang pertama sebagaimana Sabdanya, “Sebaik-baik
saf lelaki adalah yang pertama dan seburuk-buruknya adalah yang terakhir dan
sebaik-baik saf perempuan adalah yang terakhir dan seburuk-buruknya adalah yang
pertama” (Muslim).
Daripada hadis di atas, dapat
kita lihat bagaimana Syarak menuntut supaya diasingkan antara lelaki dan wanita
walaupun ketika berada di sebaik-baik tempat iaitu masjid yang secara lazimnya
mereka yang mengunjunginya kebanyakan niat mereka adalah baik-baik belaka
semata-mata untuk beribadah kepada Allah. Tetapi walau sebaik macam manapun,
Syarak tetap menuntut supaya diasingkan antara kedua jantina ketika di masjid.
Bagaimana pula kalau di tempat lain yang pengunjungnya tidaklah sebaik mereka
yang di masjid? Tentu sahaja kita perlu lebih berhati-hati.
Beliau selanjutnya berkata, "Sedangkan seminar-seminar seperti ini menjadi peluang untuk para pemuda melihat para pemudi yang boleh manarik minatnya serta berkenalan dengannya. Sekiranya Allah membuka hati kedua mereka akhirnya akan terhasillah sebuah keluarga Islam."
(برنامج الشريعة
والحياة: حلقة بعنوان تحديات المرأة المسلمة في الغرب .
www.qaradawi.net)
Bukankah saranan sebegini akan membuka ruang kepada
maksiat? Sebagaimana syair Arab mengatakan bahawa, “Zina bermula dengan
pandangan lalu senyuman, memberi salam, berbual, bertemu janji dan akhirnya
pertemuan antara kedua lelaki dan perempuan itu.”
Dalam program sama yang membincangkan tentang topik wanita di mana pengacaranya seorang lelaki, beliau berkata, "Adakah tempatmu di sini? Sewajarnya tempatmu diambil oleh seorang wanita kerana topik ini khas buat mereka. Dialah yang sewajarnya mengacarakan program ini serta mengajukan soalan. Di sini dapatlah kita melatih mereka dengan sifat kepimpinan. Malangnya, terdapat kawalan yang berterusan daripada lelaki ke atas wanita sehingga di dalam urusan mereka (wanita)” (ibid).
Wanita yang berhijab menurut beliau perlu keluar di kaca tv dan turut serta dalam lakonan dan teater (مجلة المجتمع bil. 1319, hlm. 44).
Beliau menegaskan bahawa beliau sekadar mengajak kepada percampuran lelaki dan perempuan yang berpada (ملامح المجتمع الإسلامي hlm. 369).
KELIMA: PENDAPAT BELIAU TENTANG HIBURAN
Beliau di antara golongan Agama yang terkenal mengajak kepada nyanyian dan hiburan (الحلال والحرام hlm. 262).
Dalam banyak penulisannya, ditegaskan bahawa nyanyian dibolehkan manakala panggung wayang adalah halal lagi bagus (الحلال والحرام hlm. 267).
Malah beliau mengkritik golongan
seni yang meninggalkan bidang seni.
(Nukilan daripada مخالفات د. يوسف القرضاوي
oleh Abdul Rahman bin Sa’ad Al-Syitri).
Beliau menyebutkan tentang minat beliau terhadap nyanyian ‘Faizah Ahmad’, ‘Syadiah’, ‘Umm Khalthum’, ‘Fairuz’ dan penyanyi-penyanyi wanita yang lain yang terkenal di Mesir (مجلة الراية bil. 5969 bertarikh 19.05.1419H).
Beliau menyebutkan tentang minat beliau terhadap nyanyian ‘Faizah Ahmad’, ‘Syadiah’, ‘Umm Khalthum’, ‘Fairuz’ dan penyanyi-penyanyi wanita yang lain yang terkenal di Mesir (مجلة الراية bil. 5969 bertarikh 19.05.1419H).
Beliau juga mengikuti perkembangan filem-filem, lakonan-lakonan bersiri dan pementasan teater kerana menurut beliau, dibolehkan melihat wanita yang terpapar di kaca tv.
(مجلة سيدتي
bertarikh 11.03.1994. Nukilan: رفع اللثام عن
مخالفة القرضاوي لشريعة الإسلام oleh Ahmad Al’Adini, hlm. 176)
KEENAM: PENDAPAT-PENDAPAT BELIAU DALAM PERMASALAHAN FEKAH
Dibolehkan untuk pemerintah menghapuskan hukuman rejam yang menurut beliau adalah ta’zir (hukuman bagi kesalahan yang tidak ditetapkan oleh Syarak) sekiranya ada maslahat.
(حاشية القرضاوي على
فتاوى الشيخ مصطفى الزرقا hlm. 394).
Walhal Hadis menyatakan, “Lelaki
tua dan perempuan tua yang berzina, maka rejamlah kedua-duanya sebagai balasan
daripada hukuman Allah.” (Bukhari dan Muslim).
Terdapat dua jenis murtad: Murtad berat yang pelakunya menjadi murtad sekiranya melakukan keganasan terhadap masyarakat; dan murtad ringan yang selain daripada itu. Bagi yang pertama pelakunya dibunuh manakala yang kedua dibiarkan. (الخصائص العامة للإسلام hlm. 240)
Kenyataan ini menyalahi Hadis,
“Barangsiapa menukar Agamanya maka bunuhlah dia” (Bukhari).
Dibolehkan bagi wanita menjadi pemerintah yang tertinggi.
(الإسلام والعلمانية hlm. 39)
Sedangkan Rasulullah r telah
memberi amaran dalam sabdanya, “Tidak akan berjaya kaum yang menjaga hal-ehwal
mereka wanita” (Bukhari).
Sekiranya seorang wanita
itu turut serta dalam urusan jual-beli atau dalam urusan-urusan yang lain, maka
kesaksiannya sama seperti kesaksian kaum lelaki.
Ini bercanggah dengan Firman
Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 282.
Dibolehkan mencukur janggut (الحلال والحرام hlm. 87).
Walhal Nabi r bersabda, “Selisihilah
orang-orang musyrikin, potonglah misai dan peliharalah janggut” (Bukhari dan
Muslim).
Dibolehkan riba yang sedikit dengan nisbah 1% atau 2% sebagai upah perkhidmatan.
Dibolehkan riba yang sedikit dengan nisbah 1% atau 2% sebagai upah perkhidmatan.
Sedangkan Allah
berFirman, “Dan Allah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba” (Al-Baqarah,
275).
Di samping itu, beliau membolehkan isbal (melabuhkan pakaian
melebihi buku lali bagi lelaki) (الصحوة الاسلامية
بين الجحود والتطرف hlm. 156), wanita keluar rumah
dengan segala perhiasannya, mengambil gambar, berlakon (مجلة المجتمع bil. 1319), menjual arak dan
babi kepada orang kafir (مجلة المجتمع
bil. 1261 bertarikh 05.08.1997. Nukilan daripada رفع اللثام عن
مخالفة القرضاوي لشريعة الاسلام oleh Ahmad
Al’Adini, hlm. 177), memindahkan organ/tisu babi untuk kegunaan orang Islam,
berjabat tangan dengan wanita (فتاوى معاصرة 2/293), memakai pakaian serupa dengan orang kafir, memakan
daging haiwan yang dibunuh dengan renjatan elektrik (الحلال والحرام hlm. 60), wanita bermusafir atau keluar belajar tanpa mahram
dan banyak lagi. Wallahul musta’an.
KETUJUH: FATWA PARA ULAMA TERHADAP DR. YOUSUF AL-QARADAWI
FATWA IMAM ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH BIN BAZ RAHIMAHULLAH
FATWA IMAM ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH BIN BAZ RAHIMAHULLAH
Ketika ditanya tentang
fatwa Dr. Yosuf Al-Qaradawi dalam Majalah Al-Mujtamak yang menyatakan bahawa
harus bagi wanita menonjolkan diri di kaca tv, beliau berkata:
"Golongan wanita tidak
boleh menonjolkan diri sama ada di kaca tv ataupun selainnya. Sebaliknya
hendaklah mereka berhijab serta melindungi diri mereka. Dalam masa yang sama
manusia tidak boleh mentaati sesiapa jua di dalam hal-hal kemaksiatan sama ada
Al-Qaradawi atau selain daripada beliau. Ketaatan hanya boleh dalam
perkara-perkara yang 'makruf' (baik) sahaja. Firman Allah, "Dan apabila
kamu meminta sesuatu daripada mereka (isteri-isteri Nabi) maka mintalah
daripada sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci buat hati kamu dan hati
mereka" (Al-Ahzaab, 53). Firman Allah, "Dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa
mereka..." (Al-Nuur, 31). Wajah dan kepala pula adalah anggota
badan yang paling cantik. Maka, kita perlu berhati-hati daripada
kesilapan-kesilapan para ulama dan kesalahan mereka."
(Kaset Audio 'Himpunan
Kata-Kata Para Ulama dan Masyaikh Tentang Yusof Al-Qaradawi).
FATWA IMAM MUHAMMAD NASIRUDDIN AL-ALBANI RAHIMAHULLAH
FATWA IMAM MUHAMMAD NASIRUDDIN AL-ALBANI RAHIMAHULLAH
“Al-Qaradawi
pengajiannya mengikut metod Al-Azhar. Pengajian beliau bukan mengikut metod
Al-Quran dan Sunnah. Banyak fatwa beliau bercanggah dengan Syarak. Terdapat
satu kaedah yang sangat merbahaya yang beliau gunakan. Sekiranya sesuatu
perkara itu diharamkan Syarak, beliau akan mengatakan bahawa tidak ada nas
muktamad (نص
قاطع) yang mengharamkannya. Ini
menyebabkan beliau mengharuskan nyanyian dan mengharuskan kepada si penyanyi
Inggeris yang terkenal di England yang memeluk Islam untuk meneruskan kerjaya
nyanyiannya serta makan daripada hasilnya. Al-Qaradawi mendakwa bahawa tidak
ada nas muktamad yang mengharamkan nyanyian dan alat muzik. Ini berbeza dengan
apa yang disepakati (ijmak) oleh para Ulama Islam bahawa hukum-hakam Syarak
tidak perlu kepada nas yang muktamad (نص قاطع).
Buktinya adalah mereka termasuk Al-Qaradawi sendiri berpegang kepada Al-Quran,
Sunnah, Ijmak dan Qiyas. Qiyas bukan dalil yang muktamad kerana ia adalah
ijtihad dan ijtihad boleh jadi salah atau betul seperti yang dijelaskan di
dalam Hadis. Tetapi beliau membawa alasan bahawa tidak ada dalil yang muktamad
semata-mata untuk mengelak daripada hukum haram serta melepaskan diri daripada
banyak hukum Syarak.”
Lalu ketika ditanya tentang Al-Qaradawi yang mewajibkan zakat pendapatan
gaji bulanan, Imam Al-Albani berkata:
“Elakkan pandanganmu daripada Al-Qaradawi dan tinggalkan dia… ini
berbeza dengan apa yang kita ucapkan tadi. Sekiranya ada pengharaman dia
berkata tidak ada nas yang muktamad. Adapun di sini tidak ada nas yang muktamad
mahupun yang tidak muktamad (نص ظني).
Ia hanya pendapat akal semata-mata. Nas-nas secara jelas menyatakan bahawa
tidak wajib zakat kecuali dengan dua syarat; cukup haul (tempoh setahun)
dan cukup nisaab (kiraannya). (Tetapi) beliau secara ijtihad menyatakan
bahawa diwajibkan zakat ke atas pendapatan gaji yang diterima secara bulanan.
Apa dalilnya? (Beliau) meletakkan kaedah ‘untuk menjaga maslahat orang miskin’.
Hakikatnya ini bukan kaedah Syarak tetapi kaedah komunis. Ini kerana tidaklah
fahaman komunis diwujudkan melainkan untuk menjaga maslahat orang miskin dengan
menentang orang kaya. Berbeza dengan Syarak ia menjaga masalahat kedua-dua
belah pihak orang miskin dan kaya.” (Kaset Audio Silsilah Al-Huda Wa Al-Nur
no. 362).
FATWA IMAM MUHAMMAD BIN SALEH AL-UTHAIMIN RAHIMAHULLAH
Ketika ditanya tentang
ucapan Dr. Yosuf Al-Qaradawi yang menyatakan bahawa, "Hadirin yang
dikasihi sekalian, sebelum saya mengakhiri ucapan saya. Saya ingin menyebutkan
tentang pilihanraya Israel. Orang arab pada mulanya meletakkan harapan mereka
supaya (Shimon) Peres menang tetapi sekarang beliau telah kalah.
Walaubagaimanapun, apa yang kita bangga tentang Israel dan kita harapkan
supaya negara kita pun menjadi sepertinya adalah seseorang itu tidak akan jatuh
kerana sekumpulan individu (sebaliknya) rakyatlah yang menentukan. Tidak
ada istilah (kemenangan) 99.99% atau 99.999% sebagaimana yang berlaku di negara
kita (merujuk kepada pemimpin negara-negara arab yang menang dalam setiap kali
pilihanraya). Apa ini? Sekiranya Allah menyertai pilihanraya pun Dia tidak
akan memperoleh nisbah yang sebegini. Jelas ini diperolehi dengan penipuan,
tipu daya dan muslihat. Oleh itu, kita mengalu-alukan usaha Israel dalam hal
ini."
Imam Al-Uthaimin
menjawab: "A'uzu billah. Orang ini perlu bertaubat sekiranya tidak,
dia akan dihukum bunuh kerana murtad. Ini kerana dia menjadikan manusia lebih
baik daripada Allah. Oleh itu, hendaklah dia bertaubat. Sekiranya dia bertaubat,
Allah akan menerima taubat hambanya. Jika tidak, wajiblah atas pemerintah untuk
memenggal kepalanya."
(Kaset Audio 'Himpunan
Kata-Kata Para Ulama dan Masyaikh Tentang Yusof Al-Qaradawi).
وَصلَّى الله عَلى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم
Kajang, 10.07. 2012
Idrissulaiman@yahoo.com