LARANGAN ISBAAL MELABUHKAN PAKAIAN
Abu Omar, Idris bin Sulaiman
DEFINASI ISBAAL (اسْبَال)
Menurut Bahasa
Arab: Labuh dan panjang (Lisaan Al-Arab, 6/163).
Menurut Istilah:
Melabuhkan pakaian serta memanjangkannya sehingga melebihi had yang telah
ditetapkan Syarak (Al-Isbaal oleh Dr. Saad Al-Khathlaan).
Ini bererti
bahawa isbaal boleh terjadi dalam apa jua bentuk pakaian; jubah, sarung,
seluar, baju, serban dan sebagainya.
Sebagaimana
dinyatakan oleh Rasulullah r:
"الْإِسْبَالُ فِي
الْإِزَارِ وَالْقَمِيصِ وَالْعِمَامَةِ مِنْ جَرَّ مِنْهَا شَيْئًا خُيَلَاءَ
لَمْ يَنْظُرِ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ"
“Isbaal dalam kain (sarung), baju dan
serban; barangsiapa menarik (melabuhkan) jubahnya kerana sombong Allah tidak
akan melihatnya pada Hari Kiamat.”
(Sahih. Abu Daud)
Berkata Ibnu Hajar:
“Berkata Al-Tabari: Dalam nas disebut izaar
(kain) kerana kebanyakan mereka pada zaman Rasulullah r memakai izaar dan ridaa’
(jubah). Maka apabila masyarakat mula memakai baju dan seluar; hukumnya adalah
hukum izaar daripada sudut pantang-larangnya.” (Fathulbari, 10/262)
LARANGAN ISBAAL
Adapun pakaian seperti jubah, kain, seluar
dan seumpamanya; apa yang melebihi bawah buku lali adalah isbaal
manakala apa yang sampai ke buku lali atau di atas buku lali tidak termasuk
dalam isbaal.
Sebagaimana sabda Nabi r:
"مَا أَسْفَلَ مِنَ
الْكَعْبَيْنِ مِنَ الْإِزَارِ فِي النَّارِ"
“Apa yang di
bawah kedua buku lali daripada kain adalah dalam Neraka.” (Bukhari)
Juga sabda Baginda r:
"إِزْرَةُ
الْمُؤْمِنِ إِلَى أَنْصَافِ سَاقَيْهِ لَا جُنَاحَ عَلَيْهِ فِيمَا بَيْنَهُ
وَبَيْنَ الْكَعْبَيْنِ مَا أَسْفَلَ مِنْ ذَلِكَ فَفِي النَّارِ"
“Kain seorang mukmin
adalah sehingga pertengahan kedua betisnya; tidak ada halangan buatnya untuk
sampai di antara pertengahan betisnya dan kedua buku lalinya; apa jua di
bawahnya adalah dalam Api Neraka.” (Sahih.
Riwayat Abu Daud)
Ini adalah bagi kaum lelaki secara khasnya.
Adapun bagi kaum wanita, dalam riwayat Ibnu Omar t, dia berkata:
قَالَ
رَسُولُ r "مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ
خُيَلاء لم يَنْظُر اللهُ إلَيْهِ يَوْمَ القِيَامَةِ". فَقَالَتْ أم سَلَمَة:
فَكَيْفَ يَصْنَعْنَ النِّسَاءِ بِذُيُولِهِنَّ؟ قَالَ "يُرْخِينَ شِبْرًا".
فَقَالَتْ: إذًا تَنْكَشِفُ أقْدَامَهُنَّ. قَالَ "فَيُرْخِينَهُ ذِرَاعًا لا
يَزِدْنَ عَلَيْهِ"
“Sabda Nabi r, “Barangsiapa menarik (melabuhkan) jubahnya
kerana sombong Allah tidak akan melihatnya pada Hari Kiamat kelak.” Berkata Umm
Salamah t: Bagaimana
wanita menguruskan bahagian bawah jubahnya? Jawab Baginda, “Labuhkan ia
sebanyak sejengkal.” Kata Umm Salamah: Kalau begitu akan ternampak kakinya.
Jawab Baginda, “Maka labuhkan sebanyak sehasta dan jangan lebih daripada itu.” (Sahih.
Riwayat Imam Tirmizi)
Walaupun ada yang menganggap bahawa larangan isbaal
adalah khas buat lelaki tetapi hadis di atas secara jelas menunjukkan bahawa
wanita juga termasuk dalam larangan ini.
Cuma terdapat perbezaan daripada sudut had labuh pakaian
antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, isbaal adalah di bawah kedua buku
lali manakala wanita adalah apa yang
melebihi sehasta daripada kedua buku lalinya.
ISBAAL KERANA SOMBONG ATAU TIDAK SOMBONG
Para ulama telah sepakat dalam pengharaman isbaal jika sekiranya ia
adalah kerana sombong. Adapun kalau bukan kerana sombong, para ulama berbeza
pendapat dan sebahagian mereka turut
mengharamkannya juga.
Pendapat mereka ini disokong hadis Huzaifah bin Al-Yaman t di mana Rasulullah r mengatakan “Ini adalah batas kain” sambil mengisyaratkan kepada pertengahan
betis. Lalu Baginda mengatakan, “Sekiranya engkau berdegil maka di bawahnya dan
sekiranya engkau berdegil juga maka tidak ada hak bagi kain untuk dilabuhkan lebih
daripada bawah kedua buku lali.” (Sahih. Riwayat Tirmizi)
Baginda jelas tidak membenarkan pakaian dilabuhkan lebih daripada bawah
buku lali tanpa menyebut sama ada kerana sombong atau tidak. Maka ini
menunjukkan bahawa larangan isbaal adalah umum tidak terikat dengan
sifat sombong.
Perkara ini dijelaskan lagi dalam hadis Baginda r:
"مَا أَسْفَلَ مِنَ
الْكَعْبَيْنِ مِنَ الْإِزَارِ فِي النَّارِ"
“Apa yang di
bawah kedua buku lali daripada kain adalah dalam Neraka.”
(Riwayat Bukhari)
Juga sabda Baginda r:
"إنَّ اللهَ تَعَالى
لا يَنْظُرُ إلى مُسْبِلِ إزارَهُ"
“Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak melihat orang yang mengisbalkan
kainnya.” (Sahih.
Riwayat Imam Ahmad)
Sabda Rasulullah r:
"ثَلَاثَةٌ لَا
يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ وَلَا
يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ: الْمُسْبِلُ وَالْمَنَّانٌ وَالْمُنَفِّقُ
سِلْعَتَهُ بِالْحلف الْكَاذِب"
“Tiga golongan yang
Allah tidak akan berbicara dengan mereka pada Hari Kiamat, tidak akan melihat
mereka, tidak akan memuji mereka dan bagi mereka azab seksa yang pedih; orang
yang isbaal, pengadu domba dan orang yang menjual barangannya dengan
sumpah yang palsu.” (Riwayat Muslim)
SYUBHAT DAN JAWAPAN
Hadis larangan isbaal secara umum telah dikhaskan oleh hadis yang melarang isbaal kerana sombong. Maka isbaal hanya haram jika ia dilakukan kerana sombong.
Jawapan: Keumuman hadis larangan isbaal
tidak boleh dikhaskan dengan hadis yang mengaitkan larangan isbaal
dengan sifat sombong.
Keumuman larangan isbaal seperti dalam hadis, “Apa yang di bawah kedua buku lali daripada kain adalah
dalam Neraka” tidak boleh dianggap sebagai nas mutlak yang dikhaskan oleh
hadis, “Barangsiapa menarik (melabuhkan) jubahnya kerana sombong...”
Ini kerana Nabi r telah menghimpunkan antara kedua-dua bentuk isbaal kerana sombong
dan tanpa sombong dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Saeed Al-Khudari t di mana Nabi r bersabda:
"إِزْرَةُ الْمُؤْمِنِ إِلَى أَنْصَافِ سَاقَيْهِ
لَا جُنَاحَ عَلَيْهِ فِيمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْكَعْبَيْنِ مَا أَسْفَلَ مِنْ
ذَلِكَ فَفِي النَّارِ وَلَا يَنْظُرُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِلَى مَنْ
جَرَّ إِزَارَهُ بَطَرًا"
“Kain seorang mukmin
adalah sehingga pertengahan kedua betisnya; tidak ada halangan buatnya untuk
sampai antara pertengahan betisnya dan kedua buku lalinya; apa jua di bawahnya
adalah dalam Api Neraka; dan Allah tidak akan melihat pada Hari Kiamat mereka
yang menarik (melabuhkan) kainnya kerana sombong.” (Sahih. Riwayat Abu Daud)
Maka sama ada kerana sombong atau tidak kedua-duanya
adalah haram. Cuma sebagaimana dalam hadis di atas, dapat difahami bahawa dosa
mereka yang isbaal kerana sombong adalah lebih berat berbanding mereka
yang tidak sombong.
Isbaal hanya dilarang ketika solat sahaja.
Jawapan: Larangan isbaal
tidak khas ketika dalam solat sahaja. Ini kerana hadis, “Sesungguhnya Allah
tidak menerima solat lelaki yang mengisbalkan kainnya” daripada riwayat
Abu Daud adalah daif.
Bukan sahaja hadisnya daif bahkan sebagaimana dalam
hadis-hadis yang telah disebutkan, larangan isbaal adalah umum
merangkumi pakaian ketika dalam solat dan di luar solat.
Isbaal kerana sombong sahaja yang dilarang kerana Nabi r mengatakan kepada Abu Bakar t, “Engkau tidak melakukannya kerana sombong”.
Jawapan: Kenyataan Nabi r, “Engkau tidak melakukannya
kerana sombong” tidak boleh dijadikan sebagai hujjah bagi membolehkan isbaal
atas alasan tidak sombong.
Dalam hadis di atas, Nabi r bersabda, “Barangsiapa
menarik (melabuhkan) jubahnya kerana sombong Allah tidak akan melihatnya apa
Hari Kiamat kelak.” Berkata Abu Bakar t: Wahai Rasulullah! Sebahagian kainku turun melabuh
kecuali sekiranya aku menjaganya. Jawab Baginda, “Engkau tidak melakukannya kerana sombong.” (Riwayat Bukhari)
Kenyataan Abu Bakar t jelas menunjukkan bahawa beliau tidak mengisbalkan kainnya secara
sengaja. Walaupun beliau sedaya upaya cuba memastikan agar ia tidak menurun
tetapi ada kalanya ia tetap turun melabuh tanpa beliau sengajakan.
Oleh itu, kenyataan Baginda ini tidak boleh dijadikan sebagai hujjah kerana
terdapat perbezaan yang ketara antara apa yang kadang-kala berlaku kepada Abu
Bakar t tanpa beliau sengajakan dan apa yang
dilakukan oleh mereka yang mengisbalkan kain mereka secara sengaja dan
berterusan!
KESIMPULAN
Berdasarkan hadis-hadis dan hujah-hujah yang telah dinyatakan, dapat
disimpulkan bahawa:
- Larangan isbaal merangkumi lelaki dan wanita;
- Isbaal tidak khas buat kain sarung sahaja sebaliknya ia merangkumi semua jenis pakaian; jubah dan seluar;
- Isbaal dilarang tidak kira sama ada ia dilakukan kerana sombong atau tidak;
- Larangan isbaal adalah
umum ketika dalam solat dan di luar solat.
وَصلَّى الله عَلى
نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم
Kajang, 12.03.1434H / 24.01. 2013
Idrissulaiman@yahoo.com
/ 012-3860471