HUKUM WARIS ORANG YANG HILANG

Oleh Syeikh Saleh Fauzan Al-Fauzan
(Nukilan daripada Kitab Al-Tahkikat Al-Mardiyyah Fi Al-Mabaahith Al-Fardiyyah)
Terjemahan Ustaz Idris bin Sulaiman

Definasi Orang yang Hilang

Dalam Bahasa Arab dikatakan ‘mafqud’ (مفقود) yang membawa maksud sesuatu yang dicari tetapi tidak dijumpai (قاموس المحيط 1/323). Apa yang dimaksudkan di sini adalah orang yang terputus khabarnya dan tidak diketahui keadaannya sama ada dia masih hidup atau tidak. Sama ada kerana suatu perjalanan yang ditempuhnya, peperangan yang disertainya, kapalnya yang tenggelam, ditawan oleh musuh atau selainnya.

Pandangan Para Ulama Tentang Tempoh yang Perlu Ditunggu Oleh Waris

Ketika mana seseorang itu hilang sering timbul persoalan sama ada dia masih lagi hidup atau tidak. Persoalan ini penting memandangkan dalam kedua-dua keadaan ada implikasinya yang tersendiri. Implikasi daripada sudut hukum-hakam isteri atau suaminya serta warisnya. Mengenangkan adanya kebarangkalian dia masih lagi hidup sepertimana terdapat kemungkinan dia sudah mati, keadaan ini menuntut supaya ditetapkan suatu tempoh masa agar keadaannya dapat dipastikan. Dengan erti kata lain, sesudah tempoh masa itu berlalu, dapat disimpulkan bahawa dia sudah mati.
Para ulama secara amnya sepakat dalam menetapkan tempoh masa ini tetapi mereka berselisih tentang berapa lama tempoh masa ini kepada dua pendapat:

Pendapat Pertama

Penetapan tempoh itu kembali kepada ijtihad dan pendapat pemerintah. Ini kerana, orang yang hilang itu asalnya masih hidup dan hukum asal ini tidak boleh diubah kecuali dengan suatu yang yakin dan pasti atau yang sehukum dengannya.

Inilah adalah pendapat majoriti para ulama, pendapat yang sahih daripada Mazhab Syafie (نهاية المحتاج 6/28), pendapat yang masyhur daripada Imam Malik (الشرح الكبير للدردير بحاشية الدسوقي 4/34), Abu Hanifah (حاشية ابن عابدين 3/331) dan salah satu riwayat daripada Imam Ahmad.

Mengikut pendapat ini, sama ada terdapat kebarangkalian yang kuat orang yang hilang itu masih hidup atau sudah mati, dan sama ada dia hilang sebelum umurnya mencapai 90 tahun atau sesudahnya; waris tetap perlu menunggu sehingga terdapat bukti bahawa dia sudah mati atau setelah berlalu tempoh masa yang dapat memberi satu sangkaan yang kuat bahawa dia tidak mungkin hidup lebih lama daripada itu.

Walaubagaimana pun, ulama yang mendukung pendapat ini berselisih kepada dua pendapat tentang sama ada perlu ditetapkan tempoh masa yang tertentu bagi memperoleh sangkaan yang kuat itu atau tidak.

Pertama:  Ulama yang menyatakan bahawa tidak ada tempoh masa yang tertentu. Sebaliknya ia kembali kepada ijtihad dan pendapat pemerintah.

Inilah pendapat yang sahih dalam Mazhab Syafie (نهاية المحتاج 6/28) dan zahir Mazhab Hanafi (حاشية ابن عابدين 3/331) serta salah satu riwayat daripada Imam Ahmad (الإنصاف 7/335). Ini kerana apa jua penetapan suatu tempoh yang tertentu itu tidak ada dalilnya dalam Syarak.

Kedua: Mereka yang menetapkan suatu tempoh masa yang tertentu. Mereka berselisih kepada beberapa pendapat.

Dalam Mazhab Maliki (الشرح الكبير للدردير بحاشيته 4/334) dikatakan 70 tahun dan ada yang mengatakan 75 tahun atau 80 tahun untuk tempoh menunggu itu. Mazhab Hanafi pula  (حاشية ابن عابدين 3/331), ada perselisihan sama ada 60 tahun,  70 tahun, 90 tahun, 100 tahun atau 120 tahun. Kesemuanya tidak ada sandaran kecuali pendapat yang mengatakan 70 tahun. Ia disandarkan kepada sabda Nabi sallalahu alaihi wasallam, “Umur umatku antara enam puluh dan tujuh puluh tahun” (Hadis Hasan. RiwayatTimizi dan Ibnu Majah. Misykaat Al-Masaabih oleh Imam Albani).

Pendapat Kedua

Iaitu pendapat Mazhab Imam Ahmad (الإنصاف 7/335) dan sebahagian  para ulama fikah. Mereka menyatakan bahawa keadaan orang yang hilang itu tidak lari daripada dua keadaan:

Pertama: Kebarangkalian kuatnya dia sudah mati. Seperti orang yang hilang dalam suatu kemalangan, peperangan atau kapal atau perahunya tenggelam di mana sebahagian terselamat dan sebahagian yang lain tidak. Begitu juga sekiranya orang itu keluar pergi solat di masjid lalu tidak kembali dan tidak diketahui keadaannya.

Dalam keadaan ini, warisnya perlu menunggu selama empat tahun daripada tarikh kehilangannya. Ini kerana, tempoh ini menjadi kebiasaan bagi orang-orang yang bermusafir serta para pedagang berulang alik. Sesudah tempoh ini berlalu, ia akan dapat memberi suatu sangkaan yang kuat bahawa dia sudah mati. Jika tidak, masakan tidak diketahui keadaannya sepanjang tempoh masa tersebut.

Kedua: Kebarangkalian kuatnya dia masih hidup. Seperti orang yang pergi berdagang, merantau atau bermusafir menuntut ilmu lalu tidak diketahui keadaannya. Dalam keadaan ini, waris perlu menunggu sehingga orang yang hilang itu mencapai umur 90 tahun. Ini memandangkan bahawa kebiasaannya orang tidak akan hidup lebih lama daripada itu.

Pendapat yang Kuat

Berdasarkan apa yang dinyatakan di atas, dapat disimpulkan bahawa pendapat pertama yang menyatakan bahawa keadaan orang yang hilang itu ditentukan oleh pemerintah adalah lebih kuat. Ini berdasarkan kepada:

Pertama: Orang yang hilang itu asalnya masih hidup dan hukum asal ini tidak boleh diubah kecuali dengan suatu yang yakin atau pasti, dan hal ini berbeza mengikut situasi dan keadaan.

Kedua: Apa jua penetapan suatu tempoh yang tertentu tidak ada dalilnya dalam Syarak (الفوائد الجليلة لابن باز ص 50).

Ketiga: Sebagaimana penetapan tempoh itu tidak ada nasnya, ia juga menyalahi logik akal. Ini kerana sekiranya orang yang hilang itu berumur 89 tahun, mengikut sebahagian pendapat waris perlu menunggu setahun sahaja (sehingga genap 90 tahun sebagaimana yang dituntut oleh pendapat itu) lalu setelah itu dia akan dianggap telah mati. Pendapat ini jelas salah kerana terdapat keadaan di mana tempoh setahun tidak memadai untuk mencari seseorang yang hilang (pada zaman dahulu secara khasnya - penterjemah).

Maka kita mengatakan apa jua penetapan tempoh masa dalam masalah ini kembali kepada ijtihad pemerintah dan pendapat golongan yang pakar. Ia berbeza mengikut keadaan, tempat dan individu.
Jika diamati, pendapat ini paling tepat memandangkan ia menepati keadaan zaman sekarang  di mana kini sudah terdapat berbagai peralatan bantuan, komunikasi serta pengangkutan canggih yang tidak ada pada zaman dahulu. Dunia pada hari ini kini boleh dicapai dengan mudah. Seseorang yang hilang boleh dicari dalam tempoh masa yang singkat tidak seperti dahulu. Oleh itu, ijtihad perlu selari dengan peredaran zaman.

Wallahu a’lam.

SANDIWARA KAFIR BARAT & SYIAH

SANDIWARA KAFIR BARAT & SYIAH
Bebaskan pemikiran anda dari pembohongan
Dr. Majdi Al Rabii (Pakar sejarah)
 

1) kenapa tidak terdapat orang syiah di penjara guantanamoa
2) mengapa Barat tidak menyenaraikan kumpulan syiah sebagai pengganas
3) apakah peranan sebenar hizbullah di selatan Lubnan
4) kenapa jet pejuang tanpa pemandu amerika membedil kedudukan ansar assyariah namun tidak pula membedil kedudukan alhauthiyyin sedangkan kedua-duanya berada di Yaman
5) kenapa Perancis beriya-iya menghalang daripada menyenaraikan Hizbullah sebagai kumpulan pengganas
6) kenapa Barat tidak membenarkan wujudnya Model Negara Islam sunni seperti di Afghanistan, Somalia, mali , yaman dll sebaliknya memberi ruang seluas-luasnya untuk iran menjadi kuasa besar Teluk.

7) kenapa syiah diberi kelonggaran untuk bergerak di Afrika sedangkan pertubuhan kebajikan sunni dihalang.

Sudah puluhan tahun saya mengkaji tentang syiah,



AMBIL IKTIBAR DARI USAHA TUKAR PEMERINTAH


Ustaz Abu Omar Idris bin Sulaiman
205237_237526443035347_1003991703_n
Rentetan demi rentetan peristiwa pahit yang menimpa negara-negara Islam seharusnya menjadi iktibar bagi golongan Haraki yang menentang pemerintah secara khasnya dan Ahli Sunnah secara umumnya. Usaha menukar kerajaan oleh gerakan-gerakan Islam dengan menubuhkan parti dan menyertai demokrasi terbukti tidak akan membuahkan hasil yang baik. Mungkinkah demokrasi ciptaan Yahudi menjamin kejayaan kepada Islam? Akal yang sihat akan spontan menjawab tidak!
Islam tidak akan tertegak melalui jalan demokrasi kerana ia berasaskan majoriti dan kehendak rakyat. Ulama Yaman, Syaikh Muqbil Al-Wadi’i rahimahullah berkata, “Demokrasi bermakna rakyat menghukum dirinya dengan diri sendiri. Jika suara (majoriti) mengatakan homoseksual halal maka suara tersebut akan didahulukan daripada Al-Quran dan Al-Sunnah.” (Tuhfatul Mujib)

HUBUNGAN IKHWANUL MUSLIMIN DENGAN SYIAH & RASIONAL ARAB SAUDI TIDAK MENYOKONG MURSI



Ustaz Abu Omar Idris bin Sulaiman
(Disalin dari rakaman audio: menjawab persoalan isu Mesir, 29.08.2013)
421993_10151890969393327_252798822_n
Saya agak keberatan apabila diminta untuk mengulas topik ini kerana ia agak berat dan saya kira ia hanya layak diulas oleh Ulama-ulama besar, mengenangkan ia berkenaan satu musibah yang menimpa Umat Islam, iaitu musibah yang menimpa rakyat Mesir. Tetapi saudara kita meminta supaya kita memberikan penjelasan. Dengan berat hati saya merasakan ada baiknya dijelaskan sahaja prinsip-prinsip ataupun dasar-dasar dan kaedah yang menjadi pegangan generasi Salaf Al-Soleh sejak zaman berzaman dalam berdepan dengan situasi ataupun fitnah seperti ini. InsyaAllah berbekalkan prinsip dan dasar ini, moga-moga ia akan menjadi panduan buat kita bukan sahaja dalam berdepan dengan isu di Mesir, tetapi dalam apa juga isu yang seumpamanya.

Institusi Raja Dan Doktrin Syiah

Institusi Raja Dan Doktrin Syiah

Oleh: Dr. Azwira Abdul Aziz
Pusat Pengajian Umum, UKM

Dari sudut bahasa, istilah ‘kerajaan’ berasal daripada perkataan ‘raja’. Hubungan kebahasaan ini memberi gambaran bahawa tidak dinamakan kerajaan tanpa adanya raja. Keabsahan sistem beraja sebagai suatu sistem pemerintahan Islam didasarkan kepada banyak nas-nas Al-Quran dan Sunnah. Antaranya ialah firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “…Kemudian Allah memberikan kepadanya (Daud) kerajaan dan hikmah…”(Al-Baqarah, 2: 251). Dia juga berfirman (maksudnya): “Katakanlah: "Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki…”(Ali ‘Imran, 3: 26).

Hukum menyapu atau mengelap sisa air pada anggota wudhuk

Abu Omar, Idris bin Sulaiman

wudhuk
Soalan: Benarkah selepas mengambil wuduk tidak boleh dilap/disapu air wudhu tersebut? kerana air wuduk yang menitik itu menghapuskan dosa-dosa kecil?
Jawapan:

Membatalkan pahala orang Islam boleh termasuk perbuatan takfir

 Abu Omar, Idris bin Sulaiman

( Teks disediakan berdasarkan petikan rakaman kuliah Syarah Al-Sunnah, Perkara 20, Bab Beriman Dengan Syafaat Bagi Orang Berdosa yang Bersalah: http://www.mediafire.com/?7x0hl8dy2kl2zks )
membatalkan amal orang islam
Terdapat golongan yang menyimpang di dalam masalah memahami maksud Syafaat. Golongan yang dimaksudkan ini adalah golongan Khawarij dan Muktazilah, di mana bagi mereka, orang-orang Islam yang melakukan dosa besar tidak layak mendapat Syafaat di Hari Akhirat kelak, tidak kira daripada sesiapa pun.

LARANGAN KELUAR DARI JEMAAH

Abu Omar, Idris bin Sulaiman
larangan keluar dari jemaah
Imam Al-Barbahari rahimahullah di dalam kitabnya Syarah Al-Sunnah telah menyatakan tentang kewajipan setiap individu Muslim untuk kekal di dalam Jemaah orang Islam, dan larangan ke atas orang Islam keluar daripada Jemaah kaum Muslimin. Setiap seorang Muslim itu diwajibkan untuk kekal di bawah Jemaah yang dipimpin oleh pemerintah Islam. Maka secara tidak langsung, dilarang seseorang Muslim itu keluar dari ketaatan kepada pemerintah serta keluar dari Jemaah orang Islam.
Hal ini sebagaimana di dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim, di mana Imam Muslim meriwayatkan dengan lafaz,
مَنْ رَأَى مِنْ أَمِيرِهِ شَيْئًا يَكْرَهُهُ فَلْيَصْبِرْ عَلَيْهِ ، فَإِنَّهُ مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ شِبْرًا فَمَاتَ ، إِلاَّ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً
وفي رواية : فقد خلع ربقة الإسلام من عنقه
“Barangsiapa melihat sesuatu yang dibencinya dari pemerintahnya, maka hendaklah dia bersabar terhadapnya. Kerana barangsiapa yang melepaskan diri satu jengkal sahaja dari Jama’ah, maka dia mati seperti matinya Jahiliyah.” Dalam riwayat lain disebut: “maka sesungguhnya dia telah menanggalkan tali kekang Islam dari lehernya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

AKIDAH YANG MURNI (1)

Abu Omar, Idris bin Sulaiman
(Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut: http://www.youtube.com/watch?v=1bSP3m6wZqY )
akidah yang murniSaya ingin mengajak para ikhwah semua untuk melihat kepada suasana yang berlaku pada zaman sekarang di kalangan masyarakat Islam secara khasnya; dari segi perbalahan, pertelingkahan, dan perpecahan umat Islam.
Saya ingin mengajak untuk kita lihat dan faham tentang apakah tindakan dan kedudukan kita dalam menghadapi perpecahan yang berlaku pada zaman sekarang. Di samping itu, kita juga perlu tahu apakah cara penyelesaian terhadap kemelut umat Islam ini.

DEMOKRASI KERANA TERPAKSA, NAMUN UMAT ISLAM PERLU CERDIK

 Abu Omar, Idris bin Sulaiman
Kita beramal dengan demokrasi kerana terpaksa, memang kita akui kalau kita hendak tukar kepada sistem Islam kita kena tanya; Adakah kita sudah bersedia untuk berdepan dengan Amerika atau tidak? Kerana apa yang pasti Amerika dan negara-negara kuasa besar yang lain akan datang ke negara kita, kerana kita tidak mengikut telunjuk mereka untuk melaksanakan sistem demokrasi.

TUKAR PEMERINTAH BAWA MUDARAT LEBIH BESAR

 Abu Omar, Idris bin Sulaiman
(Teks disediakan berdasarkan sebahagian rakaman temubual radio berikut: http://www.mediafire.com/?izs8qvlafki58tc )
kekalkan kerajaan sedia ada
Saya berbesar hati untuk mengingatkan seluruh umat Islam untuk kita mentaati dan patuh pada perintah Syarak dari segala aspek tidak kira keadaan. Jika sebelum ini kita diwajibkan untuk taat pada perintah Syarak, ketika ini pun kita wajib taat dengan perintah Syarak, begitu juga selepas ini dan sehingga bila-bila masa.

TAUHIDLAH YANG PERTAMA WAHAI PENDAKWAH-PENDAKWAH ISLAM (1)

 Abu Omar, Idris bin Sulaiman
“Golongan yang selamat sentiasa menjaga kemurnian tauhid. Mereka mengesakan Allah. Mengesakan Allah adalah dengan beribadah, berdoa dan memohon pertolongan baik ketika sulit mahupun lapang, menyembelih korban, bernazar, bertawakkal, memutuskan segala perkara dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, dan pelbagai bentuk ibadah lain yang semuanya menjadi dasar bagi tertegaknya daulah islamiyah yang sebenar. Menjauhi dan membasmi segala bentuk syirik dengan segala simbol-simbolnya yang banyak ditemui di negara-negara Islam sebab hal itu merupakan konsekuensi tauhid dan sungguh suatu golongan tidak mungkin mencapai kemenangan jika mereka meremehkan masalah tauhid, tidak membanteras syirik dengan segala bentuknya. Hal-hal di atas merupakan teladan daripada para Rasul dan Rasul kita Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam.” (Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu, Minhaaj Al-Firqati An-Naajiyah wa Ath-Thaa-ifati Al-Manshurah)

JAGALAH ALLAH, ALLAH AKAN MENJAGAMU

 Abu Omar, Idris bin Sulaiman
jagalah allah, allah menjagamu
Mengenangkan apa yang telah berlaku di tempat ini (Lahad Datu) baru-baru ini, saya berbesar hati untuk mengingatkan para ikhwah tentang firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ
“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepada-Ku.” (Surah Adz-Dzaariyaat, 51: 56)
Apa yang disebutkan oleh Allah di dalam ayat Al-Quran itu adalah tentang satu-satunya tujuan hidup

EKONOMI BUKAN PUNCA KELEMAHAN UMAT ISLAM (1)

 Abu Omar, Idris bin Sulaiman
(Teks disalin dari rakaman tazkirah bertajuk Tasfiyah & Tarbiyah, 20/06/2009)
ekonomi bukan punca kelemahan umat islam
Sekiranya kita melihat keadaan umat Islam pada hari ini, kita tidak akan terlepas pandang daripada melihat kelemahan umat Islam khususnya daripada mata pandangan musuh, di mana kaum kuffar memperlekehkan umat Islam apatah lagi mereka dengan mudah berkuasa ke atas umat Islam. Mereka berjaya menakluk negara-negara Islam. Bahkan mereka berjaya menguasai minda umat Islam sehingga menyebabkan Umat Islam terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.

Q&A] APA KEBURUKAN MENUKAR PEMERINTAH DENGAN CARA UNDI


Dijawab oleh: Ustaz Idris bin Sulaiman
(Disalin dari rakaman sesi soal jawab, Demokrasi & Pilihanraya, 30/04/2013)
keburukan tukar pemerintah
Soalan: Apa keburukan menukar pemerintah dengan cara undi yang aman (bukan memerangi)?
Jawapan: