Wala' Dan Bara' Menurut Islam

WALA' DAN BARA' MENURUT ISLAM
Abu Omar, Idris bin Sulaiman

Atas dasar beriman kepada Allah sepertimana yang terkandung dalam ucapan Tauhid La'ilaha Illa Allah lahirlah prinsip Wala' yang menjurus kepada sikap menyintai Golongan yang Beriman serta menyokong mereka di samping prinsip Bara' yang menjurus kepada sikap membenci Golongan Kuffar serta memusuhi mereka.

Inilah sikap Nabi Ibrahim u terhadap kaumnya yang menjadi teladan buat Umat Islam. Firman Allah:


 

 قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِي إِبْرَاهِيمَ وَالَّذِينَ مَعَهُ إِذْ قَالُوا لِقَوْمِهِمْ إِنَّا بُرَآءُ مِنكُمْ وَمِمَّا تَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ كَفَرْنَا بِكُمْ وَبَدَا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةُ وَالْبَغْضَاءُ أَبَدًا حَتَّىٰ تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ وَحْدَهُ إِلَّا قَوْلَ  ۖ 
"Sesungguhnya terdapat contoh teladan yang baik bagi kamu pada Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya tatkala mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur): Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan segala apa yang kamu sembah daripada selain Allah; kami mengingkarinya dan (dengan ini) nyatalah permusuhan dan kebencian di antara kami dan kamu selama-lamanya; sehingga kamu menyembah Allah semata-mata" (Al-Mumtahinah,4).

Orang-Orang Asing (Al-Ghurabaa')

ORANG-ORANG ASING (AL-GHURABAA’)
Abu Omar, Idris bin Sulaiman

Dakwah Islam ketika ia mula-mula disebarkan di kalangan masyarakat Arab Jahiliah di Mekah telah mendapat tentangan yang cukup hebat daripada orang-orang kafir Mekah. Agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah r dianggap sebagai suatu ajaran yang pelik lagi ganjil oleh orang-orang Arab Jahiliah ketika itu kerana ia bercanggah dengan apa yang menjadi pegangan dan fahaman yang mereka warisi daripada nenek moyang mereka.

Walaubagaimanapun, dengan izin Allah hasil usaha gigih Rasulullah r menyebarkan dakwah Islam dengan dibantu oleh Para Sahabat akhirnya agama Islam tersebar luas dan masyarakat Arab berduyun-duyun memeluk Islam khususnya sesudah pembukaan Kota Mekah pada tahun lapan Hijrah. Dakwah Islam terus tersebar dan berkembang sesudah kewafatan Baginda r sebagaimana yang dapat disaksikan dengan adanya pembukaan kota-kota Islam yang baru. Umat Islam pun terus berkembang dan bertambah sehinggalah seperti mana yang kita lihat pada hari ini.

Larangan Tinggal Di Negara Kafir

LARANGAN TINGGAL DI NEGARA KAFIR
Abu Omar, Idris bin Sulaiman

Kewajipan Wala' dan Bara' atas setiap seorang Mukmin menuntutnya untuk menyintai Agama Islam dan orang-orang Islam di samping benci kepada semua agama kufur dan golongan yang dimurkai Allah. Inilah perasaan yang perlu ada pada setiap orang yang beriman. Tanpa perasaan ini akan goyahlah Iman seseorang itu kalau bukan lenyap sama sekali.

Dasar Wala' dan Bara' bermula di hati sebelum dizahirkan pada anggota. Oleh itu tidak ada percanggahan antara tuntutan Wala' dan Bara' dengan sikap dan akhlak baik yang harus ditunjukkan ketika berurusan dengan orang kafir. Ini kerana sikap dan akhlak baik yang dizahirkan itu adalah pada anggota. Adapun perasaan benci  terhadap agama kufur akan terus tetap di hati. Harus difahami bahawa sikap dan akhlak baik yang dizahirkan ketika bermuamalah dengan orang kafir tidak lahir daripada perasaan cinta dan sayang terhadap mereka. Masakan boleh ada perasaan cinta dan sayang terhadap golongan yang dimurkai oleh Allah atas perbuatan mereka menyekutukan Allah dengan sembahan-sembahan selain daripadaNya. Sebaliknya, tidaklah sikap dan akhlak baik yang ditunjukkan itu melainkan untuk menarik mereka kepada Islam, melihat keindahan Islam  dan akhirnya memeluk Agama Islam itu sendiri. Maka ia adalah satu cara dakwah, tidak lebih daripada itu.

Larangan Isbaal Melabuhkan Pakaian

LARANGAN ISBAAL MELABUHKAN PAKAIAN
Abu Omar, Idris bin Sulaiman

DEFINASI ISBAAL  (اسْبَال)

Menurut Bahasa Arab: Labuh dan panjang (Lisaan Al-Arab, 6/163).

Menurut Istilah: Melabuhkan pakaian serta memanjangkannya sehingga melebihi had yang telah ditetapkan Syarak (Al-Isbaal oleh Dr. Saad Al-Khathlaan).

Ini bererti bahawa isbaal boleh terjadi dalam apa jua bentuk pakaian; jubah, sarung, seluar, baju, serban dan sebagainya.

Sebagaimana dinyatakan oleh Rasulullah r:
"الْإِسْبَالُ فِي الْإِزَارِ وَالْقَمِيصِ وَالْعِمَامَةِ مِنْ جَرَّ مِنْهَا شَيْئًا خُيَلَاءَ لَمْ يَنْظُرِ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ"
Isbaal dalam kain (sarung), baju dan serban; barangsiapa menarik (melabuhkan) jubahnya kerana sombong Allah tidak akan melihatnya pada Hari Kiamat.”                                                                                                             (Sahih. Abu Daud)

Keburukan Keburukaan Demokrasi

KEBURUKAN-KEBURUKAN DEMOKRASI
Abu Omar, Idris bin Sulaiman

Keburukan Pertama: Demokrasi Adalah Taghut

Demokrasi direka cipta oleh manusia manakala Syariat Islam adalah wahyu           Al-Quran dan Hadis. Manusia disuruh supaya tunduk dan patuh kepada hukum Allah dan meninggalkan segala hukum-hakam manusia. Bagi mereka yang menerima demokrasi, mereka telah tunduk kepada hukum taghut (syariat selain Islam) sedangkan Allah I berfirman:

﴿أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ
“Tidakkah engkau (wahai Muhammad) melihat mereka yang mendakwa beriman dengan apa yang telah diturunkan kepada engkau dan kepada mereka yang sebelum engkau, mereka mahu berhukum dengan taghut sedangkan mereka telah diperintahkan supaya kufur terhadapnya (menolaknya)” (Al-Nisaa’, 60).  

Hukum-Hakam Memakai Cincin

HUKUM-HAKAM MEMAKAI CINICIN
Abu Omar, Idris bin Sulaiman
HUKUM MEMAKAI CINCIN

عَنِ ابْنِ عُمَرَ t قَالَ: اتَّخَذَ النَّبِيُّ r خَاتَمًا مِنْ ذَهَبٍ وَفِي رِوَايَةٍ: وَجَعَلَهُ فِي يَدِهِ الْيُمْنَى ثُمَّ أَلْقَاهُ ثُمَّ اتَّخَذَ خَاتَمًا مِنْ الْوَرق نُقِشَ فِيهِ:مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَقَالَ: «لَا يَنْقُشَنَّ أَحَدٌ عَلَى نَقْشِ خَاتَمِي هَذَا» . وَكَانَ إِذَا لَبِسَهُ جَعَلَ فَصَّهُ مِمَّا يَلِي بَطْنَ كَفه.
Daripada Ibnu Omar t dia berkata: “Nabi r telah memakai cincin daripada emas (dalam satu riwayat: Baginda memakainya di tangan kanannya) lalu Baginda melemparkannya dan memakai cincin daripada perak dengan ukiran: Muhammad Rasulullah. Dan Baginda bersabda: Jangan ada yang mengukir seperti ukiran cincinku ini. Ketika memakainya Baginda akan menjadikan kepala cincinnya pada bahagian dalam telapak tangannya.” (Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis di atas, walaupun ia sebahagian daripada Sunnah amalan Baginda, dalam masa yang sama harus diingat bahawa ia termasuk dalam kategori Sunnah Adat (السنة العادية) dan bukan Sunnah Ibadah (السنة التعبدية). Ini kerana Baginda tidak memakainya untuk tujuan ibadah dengan niat untuk mendapat pahala. Sebaliknya, Baginda memakainya untuk tujuan yang tertentu iaitu mengecop surat-surat  Baginda kepada ketua-ketua negara ketika itu.

Hubungan Rakyat Dengan Pemerintah

HUBUNGAN RAKYAT DENGAN PEMERINTAH
Abu Omar, Idris bin Sulaiman
 
TUNTUTAN SUPAYA UMAT ISLAM BERSATU & LARANGAN BERPECAH-BELAH
Firman Allah I:
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Agama Islam), dan jangan kamu bercerai-berai”
(Surah: Al-Imraan, 103)
Firman Allah I:
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbalah; kalau tidak nescaya kamu akan menjadi lemah dan kekuatan kamu akan hilang; dan bersabarlah; sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.”
(Surah: Al-Anfaal, 46)

Dr. Yousuf Al-Qardawi

DR. YOUSUF AL-QARADAWI
Abu Omar, Idris bin Sulaiman

PERTAMA: KEDUDUKANNYA TERHADAP ORANG-ORANG KAFIR

Beliau sangat bersikap toleransi (مُمَيِّع) serta menafikan akidah al-walaa’ dan al-baraa’ di dalam hubungan dengan orang-orang kafir. Di antara kata-kata beliau:

Tentang golongan Kristian; “Semua permasalahan antara kita (Orang Islam dan Kristian) adalah sama. Kita daripada satu warganegara, hala-tuju kita satu dan kita adalah umat yang satu. Saya katakan mereka adalah saudara Kristian kita. Sebahagian tidak bersetuju (dan bertanya) bagaimana saya katakan (mereka adalah) saudara Kristian kita? (Saya katakan) “Sesungguhnya orang-orang beriman adalah bersaudara”(Al-Hujuraat, 10). Benar, kita beriman dan mereka juga beriman daripada sudut yang lain!”
(برنامج الشريعة والحياة: حلقة بعنوان غير المسلمين في ظل الشريعة الاسلامية. www.qardawi.net)

Demokrasi & Pilihanraya

DEMOKRASI & PILIHANRAYA
Abu Omar, Idris bin Sulaiman
 
ASAL-USUL DEMOKRASI

Tidak kurang daripada masyarakat Islam yang terkeliru dan terpedaya menyangka bahawa sistem politik demokrasi adalah selari dengan Islam. Mereka beranggapan bahawa tidak ada percanggahan antara keduanya. Bahkan ada yang menganggap bahawa apa yang terkandung dalam demokrasi juga terkandung dalam Islam.

Demokrasi diistilahkan sebagai ‘Kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat’ (Government of the people, by the people, for the people). Demokrasi berasal daripada perkataan Yunani dan dikatakan orang yang pertama kali menggunakan istilah ini adalah Ahli Falsafah Yunani yang bernama Plato. 

Adab Adab Berzikir

ADAB-ADAB BERZIKIR
& HUKUM MELAUNGKAN TAKBIR BERAMAI-RAMAI
Abu Omar, Idris bin Sulaiman

Di antara banyak bentuk ibadah yang telah disyariatkan dalam Islam adalah ibadah berzikir mengingati Allah dengan menyebut namaNya sebagaimana dalam firman     Allah I:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا
“Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Alah sebanyak-banyaknya” (Al-Ahzaab, 41).

Dalam masa yang sama, harus diingat bahawa urusan Agama atau ibadah adalah tauqifiyyah yang mana ia terikat dengan petunjuk dan garis panduan Syarak yang perlu dipatuhi termasuklah dalam urusan berzikir.

Bidaah Hasanah

BIDAAH HASANAH?
Abu Omar, Idris bin Sulaiman

DEFINASI BIDAAH

Menurut Bahasa Arab:
Suatu yang dilakukan tanpa ada contoh sebelumnya (Lisaan Al-Arab, 8/6).

Menurut Syarak:
Imam Al-Syatibi dalam kitab beliau Al-I’tisam mendefinasikan bidaah sebagai:

"طَرِيقَة فِي الدِّينِ مُخْتَرَعَةٍ، تُضَاهِي الشَّرْعِيَّةَ يُقْصَدُ بِالسُّلُوكِ عَلَيْهَا الْمُبَالَغَةُ فِي التَّعَبُّدِ لِلَّهِ تعالى"
(Jalan dalam Agama yang direka-reka, bentuknya menyerupai Syariat, dan dilakukan dengan tujuan untuk berlebih-lebihan dalam beribadah kepada Allah Ta’ala)

Bahaya Mengkafirkan Sesama Umat Islam



BAHAYA MENGKAFIRKAN SESAMA UMAT ISLAM
Abu Omar, Idris bin Sulaiman

Sifat Iman dan takwa sewajarnya membuatkan seorang individu Muslim itu tidak terburu-buru di dalam masalah mengkafirkan individu Muslim yang lain. Ini kerana implikasinya yang sangat besar dan berat terhadap kedua tertuduh dan yang menuduh.

IMPLIKASI TAKFIR

Bagi TERTUDUH yang dihukum kafir; sekiranya benar dia telah kafir maka Umat Islam yang lain wajib melaknatnya, membencinya, menganggap hatinya terkunci, amalannya tergugur, kehinaan telah menimpanya, dia tidak akan diampunkan dan akan kekal dalam Api Neraka selama-lamanya bersama dengan orang-orang kafir yang lain.