PERCAYA UBAT MENYEMBUHKAN PENYAKIT

 


Dijawab oleh: Ustaz Abu Omar, Idris bin Sulaiman
percaya ubat menyembuhkan penyakit
Soalan: Ada yang mengatakan bahawa apabila kita mengalami suatu musibah, contohnya sakit, ada pihak mengatakan bahawa akidah kita akan rosak apabila kita yakin ubat yang kita makan memberi kita sembuh tanpa mengadu pada Allah.
Jawapan:

Betul, akidahnya rosak kerana dia lebih percaya kepada Tuhan ubat itu berbanding keyakinannya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala itu sendiri. Sedangkan ubat ini tidak lain hanya ikhtiar kita sahaja. Adapun yang menyembuhkan adalah Allah, sebagaimana perkataan Nabi Ibrahim ‘alaihissalam yang terkandung di dalam Al-Quran,
وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ
“Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku.” (Surah Al-Syu’ara, 26: 80)
Yang menyembuhkan penyakit ataupun kesakitan kita hanyalah Allah Subhanahu wa Ta’ala, kerana segala kekuatan dan kekuasaan itu milik Allah.
لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ
“Tidak ada perubahan dan tidak ada kekuatan melainkan dengan izin Allah”
Jadi kita kena perbetulkan kepercayaan kita bahawa ubat-ubat itu seperti mana doktor di hospital, mereka ini adalah ikhtiar kita sahaja. Jangan kita tawakkal kepadanya. Sebaliknya kita bertawakkal hanya kepada Allah. Tetapi ini tidak menghalang kita untuk berusaha.
(Disalin dari rakaman sesi soal jawab, kuliah Berpegang Dengan Manhaj Salaf, 21/04/2013, Lahad Datu)