Institusi Raja Dan Doktrin Syiah
Oleh: Dr.
Azwira Abdul Aziz
Pusat
Pengajian Umum, UKM
Dari sudut bahasa, istilah
‘kerajaan’ berasal daripada perkataan ‘raja’. Hubungan kebahasaan ini memberi
gambaran bahawa tidak dinamakan kerajaan tanpa adanya raja. Keabsahan sistem
beraja sebagai suatu sistem pemerintahan Islam didasarkan kepada banyak nas-nas
Al-Quran dan Sunnah. Antaranya ialah firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “…Kemudian
Allah memberikan kepadanya (Daud) kerajaan dan hikmah…”(Al-Baqarah, 2: 251). Dia
juga berfirman (maksudnya): “Katakanlah: "Wahai Tuhan yang mempunyai
kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau
cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki…”(Ali ‘Imran, 3: 26).