Institusi Raja Dan Doktrin Syiah

Institusi Raja Dan Doktrin Syiah

Oleh: Dr. Azwira Abdul Aziz
Pusat Pengajian Umum, UKM

Dari sudut bahasa, istilah ‘kerajaan’ berasal daripada perkataan ‘raja’. Hubungan kebahasaan ini memberi gambaran bahawa tidak dinamakan kerajaan tanpa adanya raja. Keabsahan sistem beraja sebagai suatu sistem pemerintahan Islam didasarkan kepada banyak nas-nas Al-Quran dan Sunnah. Antaranya ialah firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “…Kemudian Allah memberikan kepadanya (Daud) kerajaan dan hikmah…”(Al-Baqarah, 2: 251). Dia juga berfirman (maksudnya): “Katakanlah: "Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki…”(Ali ‘Imran, 3: 26).

Hukum menyapu atau mengelap sisa air pada anggota wudhuk

Abu Omar, Idris bin Sulaiman

wudhuk
Soalan: Benarkah selepas mengambil wuduk tidak boleh dilap/disapu air wudhu tersebut? kerana air wuduk yang menitik itu menghapuskan dosa-dosa kecil?
Jawapan:

Membatalkan pahala orang Islam boleh termasuk perbuatan takfir

 Abu Omar, Idris bin Sulaiman

( Teks disediakan berdasarkan petikan rakaman kuliah Syarah Al-Sunnah, Perkara 20, Bab Beriman Dengan Syafaat Bagi Orang Berdosa yang Bersalah: http://www.mediafire.com/?7x0hl8dy2kl2zks )
membatalkan amal orang islam
Terdapat golongan yang menyimpang di dalam masalah memahami maksud Syafaat. Golongan yang dimaksudkan ini adalah golongan Khawarij dan Muktazilah, di mana bagi mereka, orang-orang Islam yang melakukan dosa besar tidak layak mendapat Syafaat di Hari Akhirat kelak, tidak kira daripada sesiapa pun.

LARANGAN KELUAR DARI JEMAAH

Abu Omar, Idris bin Sulaiman
larangan keluar dari jemaah
Imam Al-Barbahari rahimahullah di dalam kitabnya Syarah Al-Sunnah telah menyatakan tentang kewajipan setiap individu Muslim untuk kekal di dalam Jemaah orang Islam, dan larangan ke atas orang Islam keluar daripada Jemaah kaum Muslimin. Setiap seorang Muslim itu diwajibkan untuk kekal di bawah Jemaah yang dipimpin oleh pemerintah Islam. Maka secara tidak langsung, dilarang seseorang Muslim itu keluar dari ketaatan kepada pemerintah serta keluar dari Jemaah orang Islam.
Hal ini sebagaimana di dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim, di mana Imam Muslim meriwayatkan dengan lafaz,
مَنْ رَأَى مِنْ أَمِيرِهِ شَيْئًا يَكْرَهُهُ فَلْيَصْبِرْ عَلَيْهِ ، فَإِنَّهُ مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ شِبْرًا فَمَاتَ ، إِلاَّ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً
وفي رواية : فقد خلع ربقة الإسلام من عنقه
“Barangsiapa melihat sesuatu yang dibencinya dari pemerintahnya, maka hendaklah dia bersabar terhadapnya. Kerana barangsiapa yang melepaskan diri satu jengkal sahaja dari Jama’ah, maka dia mati seperti matinya Jahiliyah.” Dalam riwayat lain disebut: “maka sesungguhnya dia telah menanggalkan tali kekang Islam dari lehernya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

AKIDAH YANG MURNI (1)

Abu Omar, Idris bin Sulaiman
(Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut: http://www.youtube.com/watch?v=1bSP3m6wZqY )
akidah yang murniSaya ingin mengajak para ikhwah semua untuk melihat kepada suasana yang berlaku pada zaman sekarang di kalangan masyarakat Islam secara khasnya; dari segi perbalahan, pertelingkahan, dan perpecahan umat Islam.
Saya ingin mengajak untuk kita lihat dan faham tentang apakah tindakan dan kedudukan kita dalam menghadapi perpecahan yang berlaku pada zaman sekarang. Di samping itu, kita juga perlu tahu apakah cara penyelesaian terhadap kemelut umat Islam ini.

DEMOKRASI KERANA TERPAKSA, NAMUN UMAT ISLAM PERLU CERDIK

 Abu Omar, Idris bin Sulaiman
Kita beramal dengan demokrasi kerana terpaksa, memang kita akui kalau kita hendak tukar kepada sistem Islam kita kena tanya; Adakah kita sudah bersedia untuk berdepan dengan Amerika atau tidak? Kerana apa yang pasti Amerika dan negara-negara kuasa besar yang lain akan datang ke negara kita, kerana kita tidak mengikut telunjuk mereka untuk melaksanakan sistem demokrasi.

TUKAR PEMERINTAH BAWA MUDARAT LEBIH BESAR

 Abu Omar, Idris bin Sulaiman
(Teks disediakan berdasarkan sebahagian rakaman temubual radio berikut: http://www.mediafire.com/?izs8qvlafki58tc )
kekalkan kerajaan sedia ada
Saya berbesar hati untuk mengingatkan seluruh umat Islam untuk kita mentaati dan patuh pada perintah Syarak dari segala aspek tidak kira keadaan. Jika sebelum ini kita diwajibkan untuk taat pada perintah Syarak, ketika ini pun kita wajib taat dengan perintah Syarak, begitu juga selepas ini dan sehingga bila-bila masa.

TAUHIDLAH YANG PERTAMA WAHAI PENDAKWAH-PENDAKWAH ISLAM (1)

 Abu Omar, Idris bin Sulaiman
“Golongan yang selamat sentiasa menjaga kemurnian tauhid. Mereka mengesakan Allah. Mengesakan Allah adalah dengan beribadah, berdoa dan memohon pertolongan baik ketika sulit mahupun lapang, menyembelih korban, bernazar, bertawakkal, memutuskan segala perkara dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, dan pelbagai bentuk ibadah lain yang semuanya menjadi dasar bagi tertegaknya daulah islamiyah yang sebenar. Menjauhi dan membasmi segala bentuk syirik dengan segala simbol-simbolnya yang banyak ditemui di negara-negara Islam sebab hal itu merupakan konsekuensi tauhid dan sungguh suatu golongan tidak mungkin mencapai kemenangan jika mereka meremehkan masalah tauhid, tidak membanteras syirik dengan segala bentuknya. Hal-hal di atas merupakan teladan daripada para Rasul dan Rasul kita Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam.” (Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu, Minhaaj Al-Firqati An-Naajiyah wa Ath-Thaa-ifati Al-Manshurah)

JAGALAH ALLAH, ALLAH AKAN MENJAGAMU

 Abu Omar, Idris bin Sulaiman
jagalah allah, allah menjagamu
Mengenangkan apa yang telah berlaku di tempat ini (Lahad Datu) baru-baru ini, saya berbesar hati untuk mengingatkan para ikhwah tentang firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ
“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepada-Ku.” (Surah Adz-Dzaariyaat, 51: 56)
Apa yang disebutkan oleh Allah di dalam ayat Al-Quran itu adalah tentang satu-satunya tujuan hidup

EKONOMI BUKAN PUNCA KELEMAHAN UMAT ISLAM (1)

 Abu Omar, Idris bin Sulaiman
(Teks disalin dari rakaman tazkirah bertajuk Tasfiyah & Tarbiyah, 20/06/2009)
ekonomi bukan punca kelemahan umat islam
Sekiranya kita melihat keadaan umat Islam pada hari ini, kita tidak akan terlepas pandang daripada melihat kelemahan umat Islam khususnya daripada mata pandangan musuh, di mana kaum kuffar memperlekehkan umat Islam apatah lagi mereka dengan mudah berkuasa ke atas umat Islam. Mereka berjaya menakluk negara-negara Islam. Bahkan mereka berjaya menguasai minda umat Islam sehingga menyebabkan Umat Islam terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.

Q&A] APA KEBURUKAN MENUKAR PEMERINTAH DENGAN CARA UNDI


Dijawab oleh: Ustaz Idris bin Sulaiman
(Disalin dari rakaman sesi soal jawab, Demokrasi & Pilihanraya, 30/04/2013)
keburukan tukar pemerintah
Soalan: Apa keburukan menukar pemerintah dengan cara undi yang aman (bukan memerangi)?
Jawapan:

Q&A – BOLEHKAH UNDI CALON BUKAN ISLAM?

 Dijawab oleh: Ustaz Idris Sulaiman
(Disalin dari rakaman sesi soal jawab kuliah umum Demokrasi & Pilihanraya, 30/04/2013)
calon bukan islamSoalan: Jika calon yang bertanding adalah orang bukan Islam mewakili parti kerajaan dan calon Islam mewakili parti pembangkang, siapa patut kita undi? Adakah undi berdasarkan parti ataupun calon?
Jawapan:

Q&A – HUKUM TIDAK MENGUNDI DALAM PILIHANRAYA

 Dijawab oleh: Ustaz Idris Sulaiman
(Disalin dari rakaman sesi soal jawab kuliah umum Demokrasi & Pilihanraya, 30/04/2013)
HUKUM MENGUNDI
Soalan: Bolehkah jika tidak mahu mengundi kerana demokrasi dan pilihanraya bukan dari Islam dan tidak ada calon yang baik untuk dipilih?
Jawapan:
Saya melihat bahawa demokrasi di negara kita sudah sampai ke kemuncak. Dengan erti kata kita perlu sedar bahawa negara kita pada hari ini menjadi fokus musuh-musuh besar Barat di mana mereka merasa sangat tidak senang dan merasa iri hati dengan kemajuan dan kemakmuran yang telah kita kecapi di negara kita.

TASFIYAH & TARBIYAH – SOLUSI PERMASALAHAN UMAT ISLAM (2)

Abu Omar, Idris bin Sulaiman
(Teks disalin dari rakaman tazkirah bertajuk Tasfiyah & Tarbiyah, 20/06/2009)
SAMBUNGAN DARI BAHAGIAN 1
tashfiyah tarbiyyah
Jika sebelum ini kita telah menolak pendapat yang mengatakan ekonomi merupakan punca kelemahan umat Islam, ada yang memberi pendapat kedua; iaitu umat Islam lemah dan mundur kerana mereka berpecah, maka kerana itu umat Islam perlu disatukan tanpa mengira perbalahan ataupun pertikaian yang ada. Kita lihat jawapan ini betul atau tidak.

MENYEKUTUKAN ALLAH ADALAH DOSA & KEZALIMAN PALING BESAR

 Abu Omar, Idris bin Sulaiman
SYIRIK DOSA PALING BESAR
Apabila kita melihat keadaan manusia pada hari ini, kita dapati bahawa –masyaAllah- memang manusia sudah mencapai kemajuan dari sudut keduniaan, teknologi, juga kebendaan. Namun dalam masa yang sama, dalam kemajuan kebendaan itu, kita dapati masih ada lagi pemikiran-pemikiran kolot dan ketinggalan zaman yang rosak dan menyimpang di kalangan manusia secara umumnya dan di kalangan Umat Islam secara khasnya; iaitu manusia masih lagi percaya kepada kuasa-kuasa, benda-benda yang secara Syarak dan secara logiknya pun jelas bahawa ianya menyimpang.
Kekurangan dan ketinggalan dari segi pemikiran dan kesucian akidah masyarakat Islam yang masih lagi tercemar, rosak dan lemah menunjukkan kepada kita bahawa perlunya usaha diambil untuk dibetulkan dan ditambahkan mana yang kurang, khususnya dalam perkara-perkara akidah, kerana ia menjadi tunjang kepada Agama Islam.