BERPEGANG KEPADA AL QURAN DAN SUNNAH MENGIKUT MANHAJ SALAFUS SOLEH
BENARKAH WAHABI TIDAK SESAT?
Dijawab oleh: Ustaz Abu Omar, Idris bin Sulaiman
Jawapan:
Kena tahu apa itu Wahabi dululah. Kalau Wahabi maksudnya hantu, hantu memang syaitan dan syaitan memang sesat. Jadi kena tahu apa itu Wahabi.
Saya melihat rata-rata masyarakat Islam sedunia telah dimomokkan, dipermainkan, dan ditipu dengan istilah Wahabi. Sesiapa yang mengajak kepada pemahaman para Sahabat radhiyallahu ‘anhum ajma’in, mengajak kepada pemahaman Salaf Al-Soleh dikatakan Wahabi.
Saya pun tidak kenal siapa Wahabi. Tidak pernah jumpa pun. Saya mengajak kepada Nabi dan para Sahabat. Saya tidak tahu ada sahabat yang bernama Pak Wahab. Saya tidak tahu ada di kalangan para Salaf Al-Soleh yang diberi gelaran Wahabi. Siapa yang kamu maksudkan?
ANJURAN MEMBUNUH CICAK
Abu Omar, Idris bin Sulaiman
(Disalin dari rakaman sesi soal jawab, kuliah Umdatul Ahkam, 23.04.2013)“Barangsiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan maka dia mendapat pahala sekian. Barangsiapa yang membunuhnya dengan dua kali pukulan maka dia mendapat pahala sekian (kurang dari yang pertama).” (Riwayat Muslim)
HATI YANG BAIK PASTI MENZAHIRKAN PENAMPILAN YANG BAIK
Abu Omar, Idris bin Sulaiman
(Disalin dari rakaman kuliah Umdatul Ahkam, hadis ke-30, 16.04.2013)Hadis 30: Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu menuturkan: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
الفطرةُ خمسٌ : الاختتانُ ، والاستحدادُ ، وقصُّ الشَّاربِ ، وتقليمُ الأظفارِ ، ونتفُ الإبطِ“Fitrah (yang berupa amalan) ada lima: (iaitu) khitan, mencukur bulu kemaluan, menggunting misai, memotong kuku, dan mencabut bulu ketiak.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
DR. YOUSUF AL-QARADAWI
Abu Omar, Idris bin Sulaiman
PERTAMA: KEDUDUKANNYA TERHADAP ORANG-ORANG KAFIR
Beliau sangat bersikap toleransi (مُمَيِّع) serta menafikan akidah al-walaa’ dan al-baraa’ di dalam hubungan dengan orang-orang kafir. Di antara kata-kata beliau:1. Tentang golongan Kristian; “Semua permasalahan antara kita (Orang Islam dan Kristian) adalah sama. Kita daripada satu warganegara, hala-tuju kita satu dan kita adalah umat yang satu. Saya katakan mereka adalah saudara Kristian kita. Sebahagian tidak bersetuju (dan bertanya) bagaimana saya katakan (mereka adalah) saudara Kristian kita? (Saya katakan) “Sesungguhnya orang-orang beriman adalah bersaudara”(Al-Hujuraat, 10). Benar, kita beriman dan mereka juga beriman daripada sudut yang lain!”
(برنامج الشريعة والحياة: حلقة بعنوان غير المسلمين في ظل الشريعة الاسلامية . http://www.qaradawi.net)
MANHAJ AKIDAH IMAM AL-SYAFI’I RAHIMAHULLAH
Oleh: Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab Al-‘Aqil hafidzahullah
(Pensyarah di Jabatan Aqidah, Universiti Islam Madinah Arab Saudi dan pengarang kitab Manhaju Al-Imam Al-Syafi’i fi itsbati Al-Aqidah – Edisi Terjemahan Melayu: Manhaj Aqidah Imam Asy-Syafi’i)
Penterjemah: Ustaz Abu Omar, Idris bin Sulaiman
(Teks disediakan berdasarkan rakaman Daurah Manhaj Akidah Al-Imam Al-Syafi’i, 23.05.2013)
RINGKASAN PERJALANAN HIDUP IMAM AL-SYAFI’I RAHIMAHULLAH
Tajuk perbahasan pada kali ini akan membincangkan tentang seorang tokoh Islam yang agung dan dikenali oleh rata-rata umat Islam di Timur dan Barat sehingga tidak ada majlis-majlis ilmu melainkan disebutkan di dalamnya nama beliau, iaitu Imam Al-Syafi’i rahimahullahu Ta’ala. Beliau rahimahullah cukup dikenali oleh Umat Islam.
Imam Al-Syafi’i rahimahullah hidup dalam keadaan yatim di bumi Gaza, Palestin. Beliau telah menghafal Al-Quran ketika masih muda iaitu sebelum umurnya tujuh tahun. Beliau hidup dalam keadaan sangat miskin mengenangkan beliau adalah seorang yatim. Tetapi Allah Subhanahu wa Ta’ala telah melimpahkan ke atasnya nikmat kecerdikan dan kepintaran, di samping ibu yang sangat memberikan keprihatinan di dalam menjaga beliau.
IBU BAPA BEKERJA & MENINGGALKAN ANAK DI BAWAH JAGAAN ORANG LAIN
Ustaz Abu Omar, Idris bin Sulaiman
(Petikan rakaman kuliah Riyadhus Salihin, Bab 248, Zikir Pagi & Petang, penjelasan hadis ke-1463, minit 00:38:35 – 00:50:36, 17.05.2013)Hadis ke-1463:
Dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam jika masuk waktu petang, Baginda membaca,
أَمْسَيْنَا وَأَمْسَى الْمُلْكُ للهِ، وَالْحَمْدُ للهِ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، رَبِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِي هَذِهِ اللَّيْلَةِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهَا، وَأَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِي هَذِهِ اللَّيْلَةِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهَا، رَبِّ أَعُوذُبِكَ مِنَ الْكَسَلِ وَسُوءِ الْكِبَرِ، رَبِّ أَعُوذُبِكَ مِنْ عَذَابٍ فِي النَّارِ وَعَذَابٍ فِي الْقَبْرِ“Kami telah memasuki waktu petang dan kerajaan hanya milik Allah, segala puji hanya milik Allah. Tiada Ilah kecuali Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tuhanku, aku meminta dariMu kebaikan yang ada pada malam ini dan kebaikan yang ada sesudahnya. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan malam ini dan kejahatan sesudahnya. Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari kemalasan dan kejelekan di masa tua. Wahai Tuhan, aku berlindung kepadaMu dari siksa neraka dan siksa kubur.” (Sahih. Riwayat Muslim)
BERSIHKAN TELINGA & LIDAH DARI MUZIK. TARBIAH IA DENGAN AL-QURAN & ZIKRULLAH UNTUK PENGAKHIRAN HIDUP YANG BAIK
Ustaz Abu Omar, Idris bin Sulaiman
(Disalin dari rakaman sesi soal jawab, kuliah Riyadhus Solihin, 26.04.2013. Minit ke-00:57:00 – 01:04:35)Kerana seperti mana telinga boleh digunakan untuk maksiat, telinga juga tentu sahaja boleh digunakan untuk ibadah.
GOLONGAN YANG SELAMAT TIDAK TAKSUB (FANATIK) KECUALI PADA FIRMAN ALLAH & SABDA RASULULLAH
Ustaz Abu Omar, Idris bin Sulaiman
(Teks disalin dari rakaman kuliah Jalan Golongan yang Selamat, Bahagian 2 Prinsip ke-6, 28.01.2013 – minit 00:11:16 – 00:48:08)Berkata Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu rahimahullah pada Bahagian 2, Prinsip ke-6;
Golongan yang selamat tidak fanatik kecuali kepada firman Allah dan sabda RasulNya yang maksum yang berbicara tidak berdasarkan hawa nafsu. Adapun manusia selainnya betapa pun tinggi darjatnya terkadang dia melakukan kesalahan sebagaimana sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam,
كُلُّ بَنِي آدَم خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِيْنَ التَّوَّابُوْنَ“Setiap anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang-orang yang bertaubat.” (Hasan. Riwayat Ahmad)
MANHAJ AKIDAH IMAM AL-SYAFI’I RAHIMAHULLAH
Oleh: Syaikh Dr. Muhammad bin Abdul Wahhab Al-‘Aqil, Pensyarah Jabatan Akidah, Universiti Islam Madinah, Arab Saudi
Susunan teks: Ustaz Abu Omar, Idris bin Sulaiman
RINGKASAN PERJALANAN HIDUP IMAM AL-SYAFI’I
Imam Muhammad bin Idris Al-Syafi’i rahimahullah merupakan seorang tokoh Islam yang agung dan cukup dikenali oleh rata-rata umat Islam di Timur dan Barat sehingga tidak ada majlis-majlis ilmu melainkan disebutkan di dalamnya nama beliau.
Beliau rahimahullah lahir pada tahun 150H dan hidup dalam keadaan yatim di bumi Gaza, Palestin. Beliau telah menghafal Al-Quran ketika masih muda iaitu sebelum umurnya tujuh tahun, setelah ibunya membawa beliau ke Hijaz, sebuah tempat berhampiran Makkah. Beliau hidup dalam keadaan sangat miskin mengenangkan dirinya adalah seorang yatim. Tetapi Allah Subhanahu wa Ta’ala telah melimpahkan ke atasnya nikmat kecerdikan dan kepintaran, di samping ibu yang sangat prihatin di dalam mengasuh beliau.
YANG DIERTIKAN DENGAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS NABI
Ustaz Abu Omar, Idris bin Sulaiman
إِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَآأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Surah Al-Ahzab, 33: 56)ASAL PENGERTIAN SELAWAT
Asal perkataan ‘selawat’ di dalam bahasa Arab adalah صلاة (solat)
Selawat = صلاة
Seperti mana solat (sembahyang), begitulah yang diertikan dengan selawat. Di dalam Bahasa Arab, selawat dan solat berasal dari perkataan yang sama.Adapun pengertian solat dari segi bahasa adalah doa. Apa pula ertinya doa? Doa berasal dari perkataan دعى ataupun دعوة yang bererti menyeru ataupun meminta.
Doa ( دعوة = دعى = ( دعاء (menyeru / meminta)
IMAM AL-SYAFI’I BERAKIDAH SALAF
Oleh: Syaikh Dr. Muhammad bin Abdul Wahhab Al-‘Aqil, pensyarah Jabatan Akidah, Uni. Islam Madinah, Arab Saudi.
Susunan Teks: Ustaz Idris bin Sulaiman, Pegawai Penyelidik di Kedutaan Arab Saudi
Manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah (juga disebut Manhaj Salaf) dalam bab Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah adalah menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang telah Allah tetapkan untuk diriNya sendiri melalui firmanNya atau sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tanpa takwil atau tahrif (menukar maksud), tanpa takyif (bertanya bagaimana), ta’thil (menafikan), tamsil dan tasybih (menyerupakan dengan sifat makhluk) seperti mana firman Allah:
SELAWAT & SALAM YANG SEMPURNA KE ATAS NABI SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM
Ustaz Abu Omar, Idris bin Sulaiman
(Sambungan dari tulisan sebelum ini: Yang Diertikan dengan Selawat dan Salam ke atas Nabi)HUKUM BERSELAWAT
Ada beberapa pendapat berkenaan hukum berselawat ke atas Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam;
- Pendapat pertama mengatakan wajib sekali seumur hidup.
- Pendapat kedua mengatakan wajib berselawat apabila ada sebabnya.
- Pendapat ketiga mengatakan selawat itu hukumnya sunat.
SIKAP IMAM AL-SYAFI'I TERHADAP AHLI BID'AH
Oleh: Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab Al-‘Aqil, Pensyarah Jabatan Akidah, Uni. Islam Madinah, Arab Saudi
Susunan Teks: Ustaz Idris bin Sulaiman, Pegawai Penyelidik, Kedutaan Arab Saudi
Hal ini juga disebutkan di dalam hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam daripada riwayat sahabat Irbadh bin Sariyah di mana Baginda mengatakan bahawa barangsiapa yang umurnya panjang dan hidup selepas kewafatan Baginda
TETAP ISTIQAMAH DI WAKTU FITNAH (BHG. 1)
Syaikh Dr. Amin Al-Sa’di, Pensyarah Perbandingan Agama dan Firaq, Uni. Islam Madinah, Arab Saudi
Penterjemah: Ustaz Abu Omar, Idris bin Sulaiman
(Disalin dari rakaman: TETAP ISTIQAMAH DI ZAMAN FITNAH, 05.06.2013)
Perbincangan kita pada malam ini berkisar tentang fitnah akhir zaman di mana ia adalah satu perkara yang cukup penting untuk kita ambil berat dan untuk kita ketahui berdasarkan kepada kedua Al-Quran dan juga Sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Allah Jalla wa ‘Ala di dalam Al-Quran Al-Karim berfirman tentang fitnah,
وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
“Dan berjaga-jagalah kalian dari ‘fitnah’ yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim di antara kalian saja. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Keras hukumanNya.” (Surah Al-Anfal: 25)
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)